fbpx
Now Reading
Muat Naik Video Bersama Bella Astillah, Peminat Minta Aliff Aziz Jangan Nakal Lagi

Muat Naik Video Bersama Bella Astillah, Peminat Minta Aliff Aziz Jangan Nakal Lagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7gQ2hmpzLG/

Kemelut rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah yang berakhir dengan penceraian disusuli dengan beberapa berita sensasi apabila Aliff Aziz dilaporkan ditangkap polis dan membuat beberapa kekecohan di media sosial.

Sebelum ini, ada ura ura yang mengatakan Aliff dan Bella sudah berbaik semua apabila mereka dilihat keluar bersama.

BACA : Bella-astillah-dan-aliff-aziz-dilihat-keluar-bersama-mungkin-akan-bersatu-kembali

Baru-baru ini tindakan penyanyi Aliff Aziz memuat naik sebuah rakaman video bersama bekas isterinya, Bella Astillah dan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean mendapat perhatian netizen.

Video yang berlatarkan lagu It’s You nyanyian Ali Gatie itu menunjukkan Aliff sedang bermain bola sepak dengan Ayden sambil diperhati oleh Bella.

Bella juga meninggalkan komen ‘love’ dan mendapat hampir 2,500 tanda suka daripada peminat.

Aliff juga telah memadam semua gambar-gambarnya yang lain.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram (IG) Aliff tertanya-tanya status hubungan mereka. Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar pasangan ini kembali bersama sebagai suami isteri dan menasihatkan Aliff supaya tidak nakal lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.