Nina Iskandar Berang Individu Yang Merokok dan Vape Berdekatan Bayi dan Kanak-Kanak

Tindakan merokok berhampiran bayi kecil bukanlah satu perbuatan yang dimaafkan kerana ia membawa kesan bahaya terhadap kesihatan mereka.

Kejadian yang sama menimpa seorang pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar yang meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang mengambil ringan terharap perkara ini.

Malah, Nina juga berang dengan tindakan individu yang sewenang-wenangnya menghisap rokok dan vape berdekatan anaknya.

“Kita yang mengandungkan dia sembilan bulan, bertarung nyawa melahirkan dia, senang-senang je orang sekeliling nak dedahkan dia dengan asap rokok dan vape.

“Tidakkah mereka tahu perkara itu membahayakan kesihatan bayi?” luahnya menerusi Instagram Stories baru-baru ini.

Biarpun vape dikatakan lebih baik berbanding merokok, ia tetap kata Nina membahayakan kesihatan pengguna dan individu sekeliling.

“Vape konon-kononnya lebih baik daripada merokok, tolonglah berilmu sedikit. Sedari bahawa ia tetap membahayakan kesihatan.

“Ini adalah salah satu contoh mengambil lewa, nanti apabila bayi terkena asthma atau perkara lebih buruk baru menyesal.

“Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati!” tambah Nina.

Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqin

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

5 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

6 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

6 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

8 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

8 hours ago