fbpx
Now Reading
“Cukuplah seorang yang stabil, hormat orang tua, ada agama, setia dan jujur” – Uqasha Senrose

“Cukuplah seorang yang stabil, hormat orang tua, ada agama, setia dan jujur” – Uqasha Senrose

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang mengidamkan pasangan hidup yang ideal untuk menjadi teman hidup sehingga akhir hayat.

Begitu juga dengan pelakon Uqasha Senrose yang memberitahu bahawa dia masih belum menemui calon yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai pasangan hidupnya.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 28, berkata, dia bukanlah mencari seorang yang betul-betul sempurna, sebaliknya cukuplah sekadar lelaki yang kena dengan jiwanya.

“Bukan tak sedia, cuma tak jumpa orang yang betul. Kahwin ni bukan sehari dua, tak naklah sebulan dua bulan, cerai, makan hati, kalau laki tu tak jaga hati. Saya memang jaga bab tu, takut salah pilih orang.

“Saya tak fikir pasal status (calon suami) ke apa, cukuplah seorang yang stabil (kewangan), hormat orang tua, ada agama, setia dan jujur,” katanya kepada HLive!

Namun, jelas Uqasha, buat masa ini dia tidak meletakkan fokusnya kepada soal perkahwinan.

“Ada berkawan, tapi fokus saya sekarang pasal kerja. Kalau hal lain, saya rasa kalau tuhan dah kata itu jodoh kita, ia akan jadi mudah je,” katanya.

Sebelum ini, Uqasha pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki dalam industri termasuklah pelakon dan penyampai radio, Hefny Sahad.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.