fbpx

Sasha Saidin Nafi Tuduhan Rampas Suami Orang dan Tahu Siapa Penyebar Fitnah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mungkin ini dikatakan ujian fasa perkahwinan buat Sasha Saidin, 43 dan Sirhan Wahad,43 yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 20 Januari lalu.

Baru sehari melangsungkan pernikahan, tular dakwaan mengatakan Sasha adalah perampas kebahagiaan dan menjalin hubungan sulit dengan Sirhan di belakang pengetahuan bekas isterinya menerusi sebuah emel dihantar individu tidak dikenali.

Menurut Harian Metro, Sasha sendiri meminta gossip tersebut dihentikan.

Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin berkata, segala tuduhan dalam emel yang tular termasuk mengatakan dia mengadakan hubungan sulit dengan Sirhan adalah tidak benar.

“Itu semua fitnah. Kami tahu siapa yang tulis emel itu. Insya-Allah, Allah akan memaafkannya,” katanya.

Bekas anggota Elite itu juga menepis dakwaan bahawa perkahwinannya dengan Sirhan tidak mendapat restu daripada pihak keluarga lelaki.

“Alhamdulillah majlis pernikahan kami pun dihadiri kedua-dua belah keluarga yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami. Kita ini manusia dan kita hanya mampu merancang, tapi sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah juga,” katanya.

Perkahwinan mereka juga dikatakan tidak mendapat restu daripada keluarga lelaki selain dakwaan suaminya mengalami masalah psikologi.

Sasha dan Sirhan melangsungkan pernikahan kelmarin di The Sanctuary, Kuala Lumpur. Mereka dinikahkan adik Sasha yang juga pelakon, Zain Saidin di hadapan keluarga dan rakan terdekat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.