fbpx
Now Reading
“Saya Pulangkan Wang Tersebut Kerana Nilai Moral” – Gadis Ini Dipuji Kerana Pulangkan Wang Yang Tersalah Masuk di Akaun Banknya
Pulang wang Azim

“Saya Pulangkan Wang Tersebut Kerana Nilai Moral” – Gadis Ini Dipuji Kerana Pulangkan Wang Yang Tersalah Masuk di Akaun Banknya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi sesetengah manusia, terjumpa duit di tepi jalan atau menerima wang didalam akaun bank tanpa dikenali pengirimnya adalah rezeki terpijak; atau dalam erti kata lainnya, ‘duit orang yang kini sudah menjadi duit kita’ walaupun terang-terangan perkara itu adalah salah.

Namun tidak bagi gadis ini Wendy Lim, pelajar sarjana kerja-kerja sosial di Australia, kerana padanya tindakan dan pemikiran sebegitu bertentangan dengan nilai moral yang dipegangnya.

Memetik Malaysiakini, lantaran itu Wendy, 26, bertindak memulangkan kembali ‘duit terpijak’ tersebut kepada si pengirim yakni pemilik sebenar wang tersebut, Mohamad Azim Mohd Nor yang difahamkan hampir 6 bulan berusaha untuk menjejaknya. Bukan sikit nilainya, iaitu sebanyak RM 1600.

“Saya merasa puas dan lega kerana misi memulangkan wang kepada pemilik asal telah berjaya,” kata Wendy kepada portal berkenaan.

Segalanya bermula pada Jun tahun lalu apabila Azim, seorang jurutera di sebuah kilang perusahaan di Selangor, menarik perhatian netizen apabila cuba menjejaki Wendy , seorang wanita yang tidak dikenalinya , hanya berpandu pada nama dan nombor akaun bank.

Difahamkan Azim telah memasukkan wang sejumlah RM 1600 ke dalam akaun Wendy yang sepatutnya di depositkan kepada akaun seorang pekerjanya, seorang warga asing . Menyedari kesilapannya, segera memuat naik status di Twitter dengan harapan dapat menemui Wendy.

Menurut Azim dia terpaksa menggunakan cara tersebut memandangkan pembatalan pemindahan wang memerlukan pengesahan daripada pemilik akaun.

Dalam beberapa ketika, Tweet dari Azim telah mendapat hampir 6,000 retweets bagi membantunya menjejaki Wendy .

Namun usaha Aziz pada mulanya tidak berhasil kerana Wendy gagal dihubungi melalui talian telefon kerana ketika kejadian tersebut berlaku dia masih lagi di Australia kerana melanjutkan pelajaran di sana.

Via Malaysia Kini

Merasakan harapanya untuk bertemu Wenyi tipis, Azim kemudian menggantikan wang peribadinya kepada pekerja yang sepatutnya menerima wang itu.

Namun tanpa disangka-sangka, 5 bulan selepas kejadian, Wendy Lim yang dicari-cari menghubunginya melalui laman Twitter.


“Saya sangat terharu bila Wendy beritahu yang dia mahu pulangkan balik duit itu,” kata Azim kepada portal Malaysiakini.

Wendy yang jarang menggunakan perkhidmatan bank itu memandangkan dia kebetulan berada di luar negara bagaimanapun mendapat perkhabaran mengenai kejadian tersebut melalui seorang rakannnya.

Dia yang memahami nilai wang kerana dirinya sendiri terpaksa bertungkus lumus untuk membayar yuran universiti bertindak memulangkan wang milik Azim selepas pulang ke Malaysia.

“Ini motivasi terbesar saya menghantar wang kembali (kepada Azim), dan yang paling penting, saya merasa dihargai dan kandungan mengetahui bahawa wang ini telah membantu Azim dan rakan-rakannya,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.