fbpx

“10 Minit Paling Bodoh Dalam Hidup Saya..” – Instafamous Sharifah Rose Mohon Maaf Dan Minta Gambar Freehair Dibuang

Nama Instafamous dan model muslimah Sharifah Rose semalam menjadi trending di Twitter, semuanya gara-gara tersebar foto dirinya dilihat tidak berhijab sewaktu bercuti di Phuket Thailand baru-baru ini.

Malah foto tersebut turut menjadi perhatian netizen selepas ada individu yang dilihat mirip anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid bersama Instafamous berkenaan.

Terbaru, Sharifah Rose tampil menjelaskan situasi sebenar yang terjadi, Jelas emunya badan itu, ketika di pantai dia memang tidak bertudung tetapi mengenakan topi untuk menutup bahagian rambutnya.


“Salam semua. Saya berasa seperti berhutang satu penjelasan kepada semua terutamanya para pengikut.Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana membiarkan anda berasa kecewa.

“Walaupun tiada alasan untuk apa yang telah saya lakukan, saya tetap mahu perjelaskan beberapa perkara mengenainya. Jadi inilah kebenarannya. Saya pergi ke Phuket dengan rakan-rakan rapat dengan pengetahuan dan kebenaran daripada ibu bapa saya.

“Saya tidak menyembunyikan atau berbohong dengan ibu bapa di mana saya berada. Screenshot itu diperoleh daripada Instagram Stories salah seorang rakan saya. Dalam ‘screenshot’ tersebut, saya dilihat tidak memakai tudung. Biar saya perjelaskan semuanya

“Saya pergi ke pantai pada hari tersebut. Ini gambar kami di pantai. Sebagaimana anda dapat lihat, saya mengenakan pakaian sesuai. Baju berlengan panjang, seluar panjang dan topi untuk menutup rambut.

“Topi saya basah jadi saya pun tanpa berfikir membukanya sekejap untuk mengeringkannya. Apa yang saya tahu sepanjang 10 minit saya melepaskan rambut, IG story itu diambil tanpa pengetahuan saya.
 

See Also

“Ia adalah tempoh 10 minit paling bodoh dalam hidup dan saya sedar sekarang bahawa apa jua boleh berlaku dalam jangka masa selama 10 minit. Ia satu kesilapan dan saya belajar daripadanya,” tulisnya di laman Twitter.

Terdahulu Rose dan Azief Khalid mula menjalinkan hubungan cinta selepas percintaan Anak Datuk K itu bersama Instafamous Tyra Kamaruzzaman Terputus di tengah jalan

Baca artikel berkaitan : Hormati Privasi Saya

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.