fbpx
Now Reading
Suk Jin Running Man Miming Lagu Melayu Di Tiktok Tarik Perhatian Netizen [Video]

Suk Jin Running Man Miming Lagu Melayu Di Tiktok Tarik Perhatian Netizen [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/SBSRunningManKR/status/1219928473537372165?https://twitter.com/SBSRunningManKR/status/1220202069480464384

Buat sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan dunia hiburan Korea, antara program TV dari sana yang sering diikuti dan dinanti-nantikan pastinya adalah rancangan Running Man.

Variety Show yang menarik ini bukan sahaja kuat dari segi contentnya malah ianya diperkuatkan dengan 8 orang selebriti korea yang bukan sahaja mempunyai karakter tersendiri malah masing-masing mempunyai fan base tersendiri.

Salah seorangnya ialah ahli paling senior, Ji Suk Jin . Walau sudah berumur, karakter Suk Jin yang kerap melawak dan seorang yang lurus membuatkan peminat kerap terhibur dengan aksi darinya.

Namun Suk Jin bukan seorang yang kuat melawak dalam TV sahaja, realitinya lelaki ini memang bersifat sedemikan.

Terbaru nama Suk Jin menjadi perhatian di media sosial gara-gara klip video miming yang dilakukannya di Tiktok.

Ya, Suk Jin yang mesra dipanggil ‘Big Nose Brother’ aktif bermain TikTok! Malah setiap videonya di Tiktok kerap kali mendapat perhatian peminat.

Namun apa yang paling mencuri perhatian buat netizen di Malaysia ialah bila Suk Jin membuat video miming berlatarkan lagu melayu jiwang yang bertajuk ‘Izinkan’.
Walaupun hanya berdurasi 15 saat, aksi Suk Jin dalam video tersebut benar-benar mencuit hati netizen lagi-lagi dengan filter ‘mulut besar’ yang digunakannya

Serius la tu Jee Seok Jin?

Ramai tidak menyangka yang Suk Jin boleh miming lagu melayukan? Malah Gaya sebutannya seolah olah sangat tepat dengan lirik lagu berkenaan. Kebanyakan netizen begitu terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan Suk Jin dalam video tersebut

Tengokkan satu video lain Suk Jin di tiktok yang agak menarik :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.