fbpx
Now Reading
“Dia Tahu Ada Kamera Di Belakang..”- Jurufoto Luah Perasaan Di Ganggu ‘Jurufoto Amatur’ Sewaktu Akad Nikah
Jurufoto amatur

“Dia Tahu Ada Kamera Di Belakang..”- Jurufoto Luah Perasaan Di Ganggu ‘Jurufoto Amatur’ Sewaktu Akad Nikah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa tidak steruja sekiranya ada kenalan yang akan melangsungkan perkahwinan. Lagi-lagi jika mereka adalah kenalan rapat atau pun keluarga terdekat, pasti momen tersebut sehabis boleh hendak diabadikan dalam bentuk video atau gambar kan? Lagi-lagi korang adalah saksi dan berada dekat sewaktu majlis akad nikah sedang berlangsung.

Namun pernahkah korang terfikir tindakan korang sebenarnya menggangu tugasan jurufoto rasmi bagi majlis tersebut?

Itu yang diluahkan oleh seorang jurufoto, Haikal Omar di Twitter miliknya, selepas mengalami pengalaman sebegitu baru-baru ini.

“Hendak guna telefon(rakam) tu boleh. Tapi janganlah buat macam ini pada kami.
“Moment pengantin itu untuk kami persembahkan dalam bentuk video. Jadi macam ni, tak tau la hendak kata apa,” tulis di Twitter.

Difahamkan, Haikal yang hadir dengan kapasiti sebagai jurufoto rasmi bagi pengantin sudah pun bersedia dengan kamera dan tripodnya untuk merakam mokem akad nikah yang bakal berlansung.

Sama macam ni lah situasinya kan?

Malah, untuk keselamatan, atau dalam kata mudah; untuk memastikan momen tersebut dirakam dengan sempurna, dia sudahpun mengangkat tinggi aras tripodnya, namun salah satu tetamu yakni pemilik telefon yang hadir bagai tidak mengendahkan kehadiran kamera di belakangnya dan terus mengangkat tinggi telefon untuk merakam sewaktu akad sedang berlangsung.

Haikal bagaimanapun bernasib baik kerana pihak pengantin memahami keadaannya dan dia juga masih mempunyai beberapa kamera lain sewaktu majlis berlangsung.

Apa-apa pun, perkongsian Haikal itu telah menerima pelbagai respons dari warga twitterjaya , ada yang merasakan perkara sebegitu memang sukar dielakkan namun ada yang memberikan solusi dengan mencadangkan agar selepas ini pihak Haikal atau mana-mana jurufoto/video akan pengumuman terlebih dahulu sebelum majlis akad bermula.

“Selama jaga majlis kahwin, kebanyakkan orang buat macam tu, sebab tak nak orang ganggu jurufoto mereka. Jadi amaran awal-awal. Kita bayar jurufoto bukan mereka,” tulis Norardilla seorang perancang perkahwinan.

Ramai juga yang memberi maklum balas dengan nada mengusik bagi supaya jurufoto itu tidak tertalu tertekan memifirkan tugas berbayar tersebut

Jadi korang di luar sana, apa kata berjaga-jaga sewaktu menghadiri majlis sebegini, kalau takde official photographer tak mengapalah kot. Kalau ada tu beringatlah ye!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.