fbpx
Now Reading
Kes Pertama Virus Wuhan Sah Berada di Singapura

Kes Pertama Virus Wuhan Sah Berada di Singapura

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Orang awam yang berada di Singapura dan yang berdekatan dengan kawasan tersebut diminta berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana semalam, Singapura mengesahkan seorang warga China di Singapura telah disahkan positif dijangkiti virus Wuhan, manakala seorang lagi berkemungkingan dijangkiti virus yang sama.

Portal berita Channel News Asia melaporkan, lelaki berusia 66 tahun itu yang berasal dari Wuhan, tiba di Singapura pada Isnin (20 Januari) bersama sembilan lagi ahli rombongan.

Kementerian Kesihatan republik itu pada Khamis malam memberitahu, mereka menginap di Shangri-La Rasa Sentosa Resort.

Sementara itu, seorang wanita berusia 53 tahun, juga menunjukkan hasil positif dalam ujian awal, namun menunggu pengesahan. Anak lelaki pesakit yang disahkan positif itu, yang berusia 37 tahun, juga dalam senarai pesakit yang disyaki dijangkiti dan kini masih dalam wad.

Baki ahli rombongan itu kini dikuarantin dan bakal dipantau selama dua minggu. Bagaimanapun, belum ada bukti yang menunjukkan virus itu sudah merebak kepada sesiapa yang lain di Singapura, kata kementerian itu.

Walaupun selepas mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menyaring suhu pelancong China di lapangan terbang, jumlah mereka yang disyaki dijangkiti di Singapura meningkat.

Berlegar di media sosial kenyataan akhbar daripada Kementerian Singapura yang mengesahkan tentang kenyataan tersebut.

Kementerian itu menambah, secara keseluruhannya, terdapat 28 kes yang disyaki, melibatkan individu berusia antara setahun hingga 78 tahun. Tujuh orang telah diisytihar bebas jangkitan.

“Semua langkah berjaga-jaga akan diambil untuk mengekang penyebarannya,” ujar pengarah bahagian penyakit berjangkit di kementerian itu, Vernon Lee.

Pada Rabu, Kementerian Kesihatan Awam Thailand mengesahkan seorang wanita berusia 73 tahun sebagai mangsa pertama jangkitan koronavirus di Negara Gajah Putih itu.Wanita berkenaan jatuh sakit selepas pulang dari Wuhan penghujung tahun lalu. 

Terdapat empat kes yang disyaki jangkitan koronavirus di Thailand, melibatkan tiga warga China dan seorang warga tempatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.