fbpx
Now Reading
Lapan Warga China Yang Tiba Bersama Seorang Positif Koronavirus Dikuarintin di Johor Bahru

Lapan Warga China Yang Tiba Bersama Seorang Positif Koronavirus Dikuarintin di Johor Bahru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti maklum, virus koronavirus sedang merebak di beberapa buah negara dan menjadi kebimbangan kepada orang awam.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye , lapan warga China yang tiba bersama-sama seorang lelaki yang diuji positif koronavirus di Singapura telah memasuki Malaysia pada Khamis.

Bagaimanapun, mereka telah dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru untuk pemantauan lanjut.

Beliau berkata, mereka akan dipantau sekurang-kurangnya seminggu.

They are being monitored, they are isolated in a hotel and they will be monitored at least one week.
They are not patients, they are being observed to see whether they have developed the symptoms or not, just in case since they have contacts with the confirmed case in Singapore. So far, none,” kata Dr Lee.

(“Mereka sedang dipantau dan diasingkan di sebuah hotel untuk seminggu. Mereka bukanlah pesakit, namun dipantau secara rapat untuk memastikan sama ada ada simptom koronavirus kerana mereka telah bersama-sama dengan seorang lelaki yang telah disahkan positif di Singapura,” kata Dr Lee.)

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah di Ipoh pada Jumaat.

Pada Khamis, seorang warga China diuji positif sekali gus menjadi mangsa pertama wabak koronavirus di negara seberang tambak itu.

Menurut laporan itu, seorang lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan, China tiba di Singapura bersama sembilan rakan lain, pada Isnin lalu menginap di Resort Shangril-La Rasa, Sentosa.

Laporan itu turut menyebut lapan individu dari kumpulan yang tiba bersamanya ke Singapura sudah pun berangkat pulang dari negara berkenaan dan kementerian sudah menghubungi pihak berkuasa negara yang mereka tujui.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.