Pasar Huanan Seafood Dikatakan Punca Wabak Wuhan, Koala Antara Yang Dijual
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Satu lagi wabak misteri baru sedang merebak di dunia dan menjadi satu ketakukan kepada semua, iaitu Pneumonia yang menyebabkan keradangan pada paru-paru. Wabak ini pada awalnya telah dikenal pasti menular di daerah Wuhan, terletak di timur negara China.
Antara yang negara yang terlibat sama adalah Thailand dan baru-baru ini Singapura.
BACA : Kes-pertama-virus-wuhan-sah-berada-di-singapura
Wabak ini juga dikaitkan dengan virus korona dan mampu mengancam nyawa. Setakat ini dilaporkan, 17 kematian telah dilaporkan di China akibat wabak misteri tersebut dan hampir 50 pesakit dijangkiti.
Pasar Huanan Seafood, yang terletak di pusat bandar Wuhan di China dikatakan antara punca utama wabak-wabak misteri ini tersebar. Pasar ini seperti yang sedia maklum sering menjual barangan bekalan mentah seperti ular, tikus dan serigala hidup untuk penduduk tempatan mereka.
Menerusi akhar China Morning Post, mereka telah menunjukan senarai harga haiwan liar yang telah dijual oleh salah seorang peniaga disitu. Antara haiwan-haiwan yang disenaraikan dijual adalah rubah hidup, buaya, anak-anak serigala, salamanders gergasi, ular, tikus, burung merak, dan landak.
Paling mengejutkan apabila koala juga turut tersenarai dalam senarai harga haiwan eksotik yang dijual. Menu tersebut menunjukkan harga daging koala dijual dengan harga RMB 70.
Warga Australia dan para pengguna media sosial juga turut terkejut apabila mengetahui koala juga turut dimakan oleh rakyat negara China.
Dalam senarai tersebut, telah memaparkan sebanyak hampir 112 jenis haiwan liar, menjadi mangsa oleh peniaga di Pasar Pasar Huanan Seafood.
Australia kini turut diancam dengan penularan wabak misteri ini. Beberapa buah kes telah dilaporkan berlaku di Australia dan salah satu penyebabnya ialah mangsa virus ini baru pulang dari negara China.
Malah, pelancong negara dari negara China yang masuk ke Australia, akan diperiksa status kesihatan mereka sebelum dibenarkan menjejakan kaki ke negara tersebut.
Orang ramai diminta untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga mengenai penularan wabak ini.
Sumber: Daily Mail Australia.