fbpx
Now Reading
Polis Johor Sahkan Laporan Kanak-kanak Warga China Dibawa Keluar Hospital

Polis Johor Sahkan Laporan Kanak-kanak Warga China Dibawa Keluar Hospital

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tular di media sosial tentang satu laporan berkenaan laporan mengenai seorang kanak-kanak lelaki warga China berusia dua tahun yang dibawa keluar dari sebuah hospital di Johor Bahru oleh ibunya pada Jumaat.

Polis Johor ini telahpun mengesahkan perkara ini dan mereka ada menerima laporan tersebut.

Ibu bapa kanak kanak yang didapati menghidap simptom koronavirus didakwa tidak mahu anaknya dikuarantin kerana mahu menaiki penerbangan ke China pada jam 9:55, Jumaat malam.Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superitenden Mohd Afzanizam Yahaya ketika dihubungi berkata, laporan berkenaan dibuat oleh seorang doktor dari hospital kerajaan pada pukul 4:20 pagi Sabtu.

Laporan berkenaan mendapati kanak-kanak itu mempunyai simptom influenza seperti demam dan batuk.

Selain itu, menurut rujukan laporan doktor terbabit, beliau bersama pakar kanak kanak menasihati agar anaknya dikuarintin.

Namun, bapa kanak kanak itu berdegil dan meninggalkan hospital tersebut menyebabkan laporan polis terpaksa dibuat.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu pula berkata, perkara itu kini dalam siasatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.