fbpx
Now Reading
Hana Azraa Muat Naik Gambar Seorang Wanita di Instagram, PU Abu Curang Lagi?

Hana Azraa Muat Naik Gambar Seorang Wanita di Instagram, PU Abu Curang Lagi?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang sebelum ini hangat dengan kontroversi menceraikan isterinya ketika sarat hamil nampaknya lagi menjadi ramai apabila rumah tangganya bersama Hana Azraa dikatakan bermasalah.

Hana mendakwa kononnya suaminya bermain kayu tiga serta turut mendedahkan foto seorang wanita tidak bertudung sebagai skandal baru suaminya.

Perkara tersebut kemudian tular di media sosial dan menjadi bualan mulut netizen.

Malah, kini Hana telah memadam semua foto miliknya di Instagram.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Hana mendakwa wanita tersebut merupakan kekasih hati suaminya yang baru. Perkongsian Hana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak terkejut dengan pendedahan tersebut.

Umum mengetahui Hana kini sedang sarat hamil anak sulungnya bersama PU Abu dan sedang menunggu detik kelahiran tidak lama lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.