fbpx

Belum Ditayangkan Lagi, Netizen Mula Kecam Filem Cikgu Suraya David Teo

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7nvfdTBI9t/https://twitter.com/pendidikmajalah/status/1221727115260956672?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1221727115260956672&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.gempak.com%2Fartikel%2F31580%2Forang-nampak-jijiknya-profesion-perguruan-filem-cikgu-suraya-david-teo-cetus-kecaman-netizen

Mungkin kepada yang lahir pada tahun 90-an pernah dengar dengan nama Cikgu Suraya.

Ia merupakan cerpen lucah yang pernah menjadi bualan ramai dan mencetuskan kontroversi apabila ia disifatkan menjatuhkan institusi perguruan tempatan.

Produser terkenal David Teo, di Instagram memberikan bayangan awal filem kontroversi Cikgu Suraya bakal diterbitkan, namun netizen sudah mula menunjukkan tanda protes terhadap idea terbabit.

Beliau memuat naik foto seorang pelakon wanita baharu, Chumiee Omey berbaju kebaya hijau ketat sambil menjinjit tas dangan.

“Selamat pagi Cikgu Suraya. Ajar budak baik-baik ya,” tulis David pada kapsyen foto berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian David itu tidak disenangi oleh kebanyakan pihak yang menyifatkan ia seolah-olah menjatuhkan profesion perguruan.

“Tak ada cikgu boleh berpakaian begini. Tak tak minta disanjung cuma mohon jangan jatuhkan profesion perguruan.

“Buat sedikit homework, bagaimana guru Malaysia berpakaian. Bukan main ikut sedap rasa!

“Cukup-cukupla jual drama dan filem dengan memanipulasi wanita. Tak perlu seksi. Sedih saya tengok Cikgu Suraya ni,” tulis salah seorang pengguna di Twitter.

Rata-rata tidak setuju dengan filem yang menunjukkan keburukan pendidik dan dikira keterlaluan malah memalukan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.