fbpx
Now Reading
Ika Mustafa Berdebar Tunggu Keputusan Ujian Selepas Disyaki Dijangkiti Koronavirus

Ika Mustafa Berdebar Tunggu Keputusan Ujian Selepas Disyaki Dijangkiti Koronavirus

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat penyanyi baru, Ika Mustafa pengalaman terpaksa dikuarantin selepas disyaki dijangkiti wabak koronavirus adalah sesuatu yang sukar dilupakan.

Memetik Gempak, Dia yang masih di tahan di sebuah hospital di ibu kota bagaimanapun tidak boleh menerima pelawat memandangkan kawalan keselamatan yang tinggi di hospital di mana dia dirawat. 

“Ini memang pengalaman yang tak boleh dilupakan sangat. Masa saya ingin dibawa ke wad, kawasan yang dilalui itu langsung tak boleh ada orang lain.
 
“Memang tempat dia terasing. Nak ke bilik saya wajib melepasi satu bilik  dulu baru boleh masuk ke bilik saya.
 
“Jururawat pun kalau nak cakap dengan saya akan menerusi interkom. Kalau nak periksa suhu badan, tekanan darah dan hantar makanan baru akan masuk ke ruang bilik saya dengan berpakaian khas.
 
“Ahli keluarga saya hanya dibenarkan untuk hantar barang di tingkat bawah saja, jururawat yang akan turun ambilkan,” katanya ketika dihubungi portal berkenaan,.

Penyayi lagu Damaikanlah itu bagaimanapun amat bersyukur kerana kesihatannya menunjukkan perkembangan yang baik selepas beberapa hari ditahan kerana disyaki dijangkiti virus berkenaan.

Difahamkan Ika berada di Haikou, China hanya satu hari atas urusan kerja pada 25 Januari lalu .

“Keadaan saya macam makin sihat. Cuma sekarang ini berasa gementar sangat sebab nak tunggu keputusan sama ada positif (wabak koronavirus) atau tidak. Saya sendiri tak tahu bila akan dapat keputusan itu,” katanya lagi.
 
Ika, bagaimanapun terpaksa dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk dikuarantin selepas mengalami demam, batuk dan selesema kerana dipercayai pesawat tersebut turut dinaiki warga emas dari Wuhan iaitu wilayah di mana bermulanya penularan wabak koronavirus.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.