fbpx
Now Reading
‘Saya Tak ada Pilihan, Terpaksa Berkurung Di Rumah” – Rakyat Malaysia Kongsi Keadaan Di Wuhan dan Hubei, China

‘Saya Tak ada Pilihan, Terpaksa Berkurung Di Rumah” – Rakyat Malaysia Kongsi Keadaan Di Wuhan dan Hubei, China

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui penularan wabak Coronavirus yang semakin tidak terkawal di Wuhan menyebabkan kerajaan China menghalang semua penduduk di Wuhan dan wilayah Hubei untuk keluar dari rumah sejak beberapa hari lalu.

Perkara ini turut dirasai seorang rakyat Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Ima,28 tahun yang tampil berkongsikan pengalamannya dikenakan perintah berkurung oleh kerajaan di sana.

“KETIKA transit di Wuhan, saya dapat merasakan suasana sunyi dan jalan lengang malah semua jalan keluar masuk dikawal tentera.

“Mereka yang berada di Wuhan diarah berkurung dalam rumah dan saya ketika ini berada di Xiangyang dalam daerah Hubei juga tidak keluar sejak beberapa hari lalu kerana bimbang dengan keadaan diri.”

Keadaan di Wuhan selepas lockdown Foto : NyPost

Dipetik dari Harian Metro, Ima yang pulang ke kampung halaman suami di Xiangyang untuk meraikan Tahun Baru Cina pada 21 Januari lalu sehingga kini tidak dapat keluar dari negara itu apabila kerajaan China membuat lockdown’ menghalang laluan keluar dan masuk darat serta udara.

Dia yang sudah beberapa hari berkurung dalam rumah bagaimanapun tidak lagi mengetahui keadaan semasa di luar terutama di bandar Wuhan.

“Kerajaan China mengeluarkan surat pekeliling dari rumah ke rumah tidak menggalakkan kami untuk keluar bagi mengelak penyebaran virus itu.

Keadaan di bandar Wuhan selepas Lockdown

“Tetapi saudara mara di Wuhan memberitahu mereka dihalang keluar rumah sama sekali ketika ini dan keadaan itu menyebabkan harga barang naik mendadak,” katanya sewaktu dihubungi portal berita itu.

Difahamkan Ima yang berasal dari Johor Bahru sepatutnya pulang ke Malaysia pada 8 Februari ini, namun dia sendiri tidak pasti sama ada dapat pulang atau tidak pada tarikh itu

“Namun dengan perkembangan terkini wabak itu, saya tidak pasti dapat pulang atau tidak pada tarikh itu. Kerajaan China sudah mengeluarkan surat mengarahkan semua berada di dalam rumah saja, mahu keluar pergi kedai pun tidak boleh walaupun ia hanya terletak lebih kurang 200 meter saja.

“Pengangkutan awam lain seperti bas, teksi juga dihalang, jadi saya tidak pasti macam mana keadaan di luar sekarang,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.