Senarai 26 Hospital Rujukan Bagi Kes Berkaitan Koronavirus Oleh Kementerian Kesihatan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengeluarkan senarai 26 hospital di seluruh negara yang akan berfungsi sebagai hospital rujukan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki (PUI) dan sahih bagi novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), lapor Bernama.
Infografik yang dikeluarkan menerusi instagram mereka menunjukkan daripada keseluruhan 26 hospital tersebut 15 darinya terletak di Semenanjung, manakala 11 di kepulauan Borneo dengan enam di Sabah, empat di Sarawak dan satu di Labuan.
Hospital-hospital yang terlibat di Semenanjung adalah :
Pantai Barat Semenanjung
- Hospital Tengku Fauziah Kangar Perlis
- Hospital Pulau Pinang , Georgetown, Pulau Pinang
- Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
- Hospital Langkawi, Padang Matsirat, Langkawi Kedah
- Hospital Raja Permaisuri Bainun , Ipoh Perak
- Hospital Sungai Buloh,Selangor
- Hospital Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
- Hospital Tuanku Ja’afar , Seremban Negeri Sembilan
- Hospital Melaka
- Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Pantai Timur Semenanjung
- Hospital Raja Perempuan Zainab II ,Kota Bahru Kelantan
- Hospital Kuala Krai, Kuala Krai, Kelantan
- Hospital Tumpat di Jalan Kelaburan Kelantan
- Hospital Sultanah Nur Zahirah , Kuala Terengganu
- Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
Manakala di kepulauan Borne pula mereka dengan tanda-tanda penyakit kornavirus akan dirujuk ke:
Sabah & WP Labuan
- Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
- Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah , Kota Kinabalu, Sabah
- Hospital Dutches of Kent,Sandakan
- Hospital Tawau
- Hospital Lahad Datu
- Hospital Keningau
- Hospital Wilayah Persekutuan Labuan , WP Labuan
Sarawak
- Hospital Umum Sarawak, Kuching Sarawak
- Hospital Miri
- Hospital Bintulu
- Hospital Sibu