Isteri Kedua Amar Asyraf Mengaku Sudah Diceraikan Dengan Talak Tiga
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nama Amar Asyraf pada tahun lalu menjadi bualan hangat apabila seorang wanita mendedahkan hampir berkahwin dengan pelakon itu. Namun selepas mengetahui Amar mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua, dia membatalkan hasrat tersebut dan memilih untuk undur diri.
BACA :“Isteri-juga-tahu-mengenai-perkara-itu” – Amar-Asyraf-jawab-tuduhan-jalin-hubungan-sulit.
Menurut Mstar Online, isteri kedua pelakon tersebut iaitu Vivi Jeffry mendedahkan dia sudah diceraikan talak tiga oleh suaminya pada 4 November tahun lalu secara bersemuka. Bagaimanapun sehingga kini Amar enggan bekerjasama untuk uruskan hal perceraian mereka.
“Ya, Amar sudah menceraikan saya dengan talak tiga pada 4 November tahun lalu dan lafaz itu dibuat secara bersemuka. Saya sudah lama mendiamkan perkara ini sebab ingat nak selesaikan secara senyap-senyap.
“Tapi lain pula jadi apabila dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampai sekarang malah dia juga telah menyekat saya daripada menghubunginya.
“Memang sehingga kini saya tak dapat langsung nak hubungi dia. Jadi tak ada cara lain, saya nak mengambil peguam untuk bantu menguruskan proses perceraian ini,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Vivi berharap Ammar dapat memberikan kerjasama untuk segera selesaikan kemelut rumah tangga mereka. Vivi berkata dia reda atas apa yang berlaku dan sedikit pun tidak menyimpan dendam terhadap Amar.
Terdahulu, isteri kedua Amar iaitu Vivi tampil membuka mulut mengaku mereka sudah berkahwin beberapa tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan tersebut.
BACA : “Patutnya Amar Asyraf jumpa saya boleh dapat nasihat” – Ashraf-Muslim/