fbpx
Now Reading
Pemandu Bas di Jepun Dijangkiti Koronavirus Selepas Bawa Pelancong China Dari Wuhan

Pemandu Bas di Jepun Dijangkiti Koronavirus Selepas Bawa Pelancong China Dari Wuhan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua kes baharu melibatkan jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV), di Jepun semalam disahkan berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kes virus di negara matahari terbit itu sebanyak enam orang.

Menurut Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato, dua kes baharu itu melibatkan pemandu bas pelancong yang berusia 60-an dan seorang lelaki berusia 40-an.

“Pemandu bas pelancong itu bagaimanapun tidak pernah ke bandar Wuhan, China iaitu lokasi bermulanya virus koronavirus.

Namun dia dikatakan pernah membawa dua kumpulan pelancong China daripada Wuhan pada awal bulan ini.

“Dia telah disahkan menghidap radang paru-paru pada Sabtu lalu dan telah ditahan di hospital wilayah Nara,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa adalah lelaki yang berasal dari Wuhan yang tinggal di Jepun sejak 20 Januari lalu.

“Lelaki berkenaan juga didapati menghidap radang paru-paru,” kata Katsunobu lagi.

Jelas Kementerian Kesihatan Jepun, pihaknya sedang memeriksa keadaan kesihatan individu yang mempunyai kontak dengan dua pesakit tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.