fbpx
Now Reading
Hanya 48 Jam, Dari Bangunan Kosong Kini Menjadi Hospital Lengkap Dengan 1000 katil

Hanya 48 Jam, Dari Bangunan Kosong Kini Menjadi Hospital Lengkap Dengan 1000 katil

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka hanya dalam 48 jam, sebuah bangunan kosong yang teletak di Huanggang, berdekatan dengan bandar Wuhan telah siap di transformasi menjadi fasiliti perubatan yang mampu menanggung ramai pesakit.

Hasil dari usaha 500 pekerja pembinaan yang tanpa henti, hospital tersebut ;Pusat Perubatan Serantau Dabie Mountain dengan kapasiti 1,000 buah katil telah mula menerima pesakit pada malam selasa lalu.

Memetik Dailymail, jika diikut dari perancangan asal, hospital tersebut sepatutnya hanya akan dibuka pada bulan Mei ini. Namun sebagai satu langkah menghadapi wabak Koronavirus yang sedang merebak di sana, terutamanya di bandar Wuhan pihak berwajib tempatan pada Jumaat lalu telah mengumumkan akan melajukan proses menyiapkan hospital tersebut.

Sehari selepas pengumuman tersebut, kerja-kerja pembinaan terus dimulakan tanpa henti dan dua hari kemudiannya bangunan tersebut telah dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan internet, dan kini telah bersedia untuk menerima pesakit.

Dalam masa sama, kerajaan China juga sedang giat membina dua buah lagi hospital besar yang terletak di dalam bandar Wuhan sendiri dengan tujuan sama; untuk menangani wabak koronavirus dari terus merebak.

Ikuti perkongsian video di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.