fbpx

Iklan Cari Jodoh Berhasil! Pemuda Ini Sudah Bertemu Calon Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masih ingat tak tentang seorang jejaka dari Terengganu yang menjadi bualan netizen kerana menggantung banner cari jodoh di tepi jalan?

Iklan tersebut mendapat perhatian ramai dan tindakannya itu turut mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dan tidak kurang juga daripada gadis dan wanita bujang di luar sana.

Walaupun iklan tersebut diturunkan oleh Majlis Perbandaran Dungun selepas itu, dia bagaimanapun memaklumkan masih menerima panggilan daripada orang ramai tentang perkara itu.

Cara beliau mengiklankan dirinya akhirnya membuahkan hasil apabila Nooraziro Abdullah atau lebih dikenali sebagai Aziro memaklumkan dia sudahpun menjumpai calon isteri yang dimahukannya seperti dilaporkan MalayMail semalam.

aziro

Menurut Aziro, wanita berusia 33 tahun itu menghubunginya selepas melihat iklan mencari jodoh olehnya yang tular sebelum ini.

Bukan saja bertukar-tukar pesanan melalui telefon, Aziro juga memberitahu dia sudahpun berjumpa dengan calon isterinya itu pada minggu lepas sambil ditemani adik perempuannya.

“Walaupun dia bersetuju untuk saya menjadi suaminya, namun kami masih mahu berkenalan antara satu sama lain terlebih dahulu,” kata Aziro kepada MalayMail.

Aziro juga memaklumkan calon isterinya itu juga berasal dari Kuala Terengganu dan kini sedang bekerja sebagai seorang kerani di sana.

Walaupun cara Aziro pada mulanya menjadi bahan lawak dan troll netizen di media sosial, namun ianya terbukti berhasil dan beliau berjaya mendapatkan jodoh.

Jadi korang yang sedang cari jodoh tu mungkin boleh gunakan cara macam ni jugak ke? Mana tahu dapat jodohnya!!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.