fbpx
Now Reading
“Sanggup dikuarantin, asalkan di tanah air sendiri”- Luahan Hati Anak Malaysia Di Wuhan

“Sanggup dikuarantin, asalkan di tanah air sendiri”- Luahan Hati Anak Malaysia Di Wuhan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Angka kematian akibat wabak virus di China terus merekodkan peningkatan malah jumlah keseluruhan kes juga naik mendadak dengan hampir seluruh daerah di China terkesan.

Keadaan di Wuhan pulak hampir seperti bandar mati dengan semua penduduk diarahkan untuk tinggal di dalam rumah. Pihak berkuasa di sana pula Wuhan menggantung semua perkhidmatan bas dan kereta api bawah tanah malah tiada penduduk yang dibenarkan keluar dari bandar itu tanpa ‘alasan khusus’

Dipetik dari Awani, dalam keadaan sedemikian seorang pelajar dari Malaysia iaitu Ivan Yeo Zhi Yu meluahkan hasratnya lebih rela pulang ke tanah air dan dikuarantin di sini.

Dia yang belajar University Geoscience China di Wuhan, berharap dapat pulamg ke kampung halamannya yang terletak di Bintulu, Sarawak ekoran sudah berkurung didalam asramanya lebih dari satu minggu

Dia yang sebelum ini dibekalkan makanan oleh kedutaan Malaysia terpaksa akur apabila , pihak berkuasa China mula menyekat kemasukan semua produk dari luar.

Keadaan di bandar Wuhan yang lengang selepas kerajaan China melakukan Lock down

Disebabkan tiada pilihan, dia terpaksa meredah bandar yang dahulunya punyai jutaan penduduk, hanya demi mendapatkan bekalan makanan, iaitu hanya mi segera.

“Kedutaan Malaysia di China ada hantar bekalan makanan kepada kami. Tapi sistem penghantaran pada ketika ini telah dihentikan.

“Mereka menyekat kemasukan produk dari luar kerana ia melibatkan penularan virus sebagainya. Buat masa ini tidak ada barangan luar dibenar dibawa masuk ke dalam asrama kami.

“Ada antara kami yang berjaya dapatkan bekalan makanan. Saya masih di dalam bilik asrama sejak seminggu lalu.

“Hari ini saya keluar untuk mendapatkan bekalan makanan daripada kedai. Saya hanya dapat bekalan mi,” katanya ketika dihubugi portal berita berkenaan.

Walaupun sentiasa dihubungi oleh keluarga dari Malaysia, Ivan tidak menafikan perasaannya bercampur baur dengan keadaaan semasa disana.

“Kami sebenarnya amat risau ketika ini. Terutama selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasi semula penarafan iaitu tahap tertinggi di China. Kami sangat risau dan takut.

“Selepas mereka mendapatkan berita tersebut, mereka bertanya saya ada masih di Wuhan. Saya kata masih di Wuhan. Mereka minta saya terus bersabar, bertenang, jangan risau dan sebagainya. Kami sebenarnya amat risau terhadap segala yang berlaku,” akuinya.

Pada Ivan, dia lebih rela dikuarantin berminggu -minggu di Hopsital di Malaysia dari terus terkurung di negara orang

“Saya mahu pihak kerajaan terus memaklumkan kepada kami tentang situasi semasa. Saya harap kerajaan dapat ambil langkah berjaga-jaga terhadap warga China yang ke Malaysia.

“Saya amat berharap kami dapat pulang ke Malaysia dan tinggal di hospital ” katanya sebelum menutup perbualan

Ivan adalah salah seorang dari 78 orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelajar, golongan profesional serta ahli keluarga mereka yang masih berada di Wuhan, China.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.