fbpx

“Sampai hati buat I macam ni” – Peminat Cemburu Andi Bernadee Muat Naik Video Menari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7554honpqw/

Penyanyi dan bintang Big Stage musim pertama, Andi Bernadee mengundang pelbagai reaksi netizen apabila memuat naik sepotong video dia menari dengan caption #shimmy bersama seorang perempuan.

Dalam video tersebut, Andi dan seorang gadis berbaju hitam menari dalam sebuah rumah mengikut lagunya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen seakan terkejut dan ada juga yang berpendapat aksi tarian itu kelihatan lucah.

Namun ada juga sesetengah netizen yang cemburu dengan tindakan beliau kerana Andi sebelum ini sering memuat naik video seakan seorang ‘teman lelaki’ kepada pengikutnya.

Andi bagaimanapun mengambil langkah untuk berdiam diri tanpa membalas sebarang komen dari pengikutnya itu.

Setakat ini, video itu telah mendapat tontonan sebanyak 500 ribu lebih.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.