“Kerajaan Kesal Sajat Bertelekung di Tanah Suci” – Mujahid
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ramai yang menyangkakan isu jutawan kosmetik, Sajat memuat naik gambar dirinya bertelekung sewaktu mengerjakan ibadah umrah hanya menjadi topik hangat di media sosial tempatan dan di kalangan rakyat Malaysia yang sedang berada di Tanah Suci.
Rupa-rupanya perkara tersebut turut sudah pun menjadi isu besar di kalangan pihak berkuasa di sana sehinggakan pendakwah bebas terkenal PU Amin turut turut ditanyakan perihal tersebut malah diberi peringatan oleh seorang pegawai polis bertugas.
Baca artikel berkaitan : Polis beri amaran lelaki berpakaian wanita buat umrah
Terbaru Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, kerajaan kesal dengan tindakan Sajat atau nama betulnya Muhammad Sajad Kamaruzaman dan rakan-rakan yang mengenakan telejung sewaktu menjalani ibadah umrah seperti wanita.
Malah tindakan tidak berpatutan itu telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi.
“Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan,” katanya kepada media selepas sesi townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia, di sini hari ini.
Mujahid turut menambah agensi pelancongan yang membawa Muhammad Sajad,35, sepatutnya sedia maklum dengan status lelaki itu.
Namun dalam masa sama, pihak agensi pelancongan, Albayttravel telah pun memberi maklum balas mengenai isu terbabit dan menerangkan mereka hanya membantu permudahkan umrah dan menyarankan agar mengikut garis panduan ditetapkan.
“Sekiranya lelaki semestinya dengan penampilan lelaki sebaliknya untuk perempuan. Jadi sepanjang pelepasan semuanya mengikut garis panduan ditetapkan Cuma sebaliknya berlaku bila di sana,” jelas mereka.
Baca artikel berkaitan : Agensi pelancongan jawab isu Sajat bertelekung tunaikan umrah