fbpx
Now Reading
Pernah Disuruh Buka Tudung, Yuna Cerita Pengalamannya Ketika Di Awal Kemunculan

Pernah Disuruh Buka Tudung, Yuna Cerita Pengalamannya Ketika Di Awal Kemunculan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8CPG4oB2dw/

Siapa yang tak kenal dengan Yunalist Zarai atau lebih dikenali dengan Yuna. Seorang penyayi antarabangsa yang telah membawa nama Malaysia di mata dunia.

Banyak cabaran yang beliau hadapi untuk mencipta nama di persada dunia termasukkan pernah disuruh membuka hijab oleh segelintir pihak ketika dia mahu menjadi penyanyi.

Pengakuan tersebut ditulis sendiri oleh beliau di Instagram miliknya untuk dikongsi bersama peminat dan netizen.

Menurut Yuna, dia pernah disuruh untuk membuka tudung jika mahu bernaung di bawah satu syarikat rakaman, namun penyanyi bertaraf antarabangsa ini tidak menghiraukan perkara itu.

“Saya pernah disuruh untuk membuka hijab jika saya mahu menandatangani satu label muzik ini, saya tidak mengikutinya, saya sedar betapa pentingnya menjadi diri sendiri.

“Kerap juga saya diminta berbuat demikian, ada juga yang menyuruh saya untuk mendedahkan bahu dan lutut, saya tidak menghiraukannya juga,” tulis Yuna sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Yuna turut memberitahu beberapa majalah fesyen tempatan ketika itu tidak mahu meletakkan wajahnya di muka hadapan.

“Apabila saya mula-mula bergelar penyanyi dan penulis lagu di Malaysia, beberapa majalah fesyen ketika itu tidak mahu memilih saya sebagai wajah muka hadapan.

“Sekarang, banyak perkara sudah berubah, saya gembira melihat wanita seperti saya di luar sana dan masyarakat dunia juga lebih menerima wanita seperti saya hari ini,” tambahnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Yuna di ruangan komen yang rata-rata mereka meninggalkan respon positif serta bangga dengan sifat Yuna yang tetap dengan pendirian beliau.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.