fbpx
Now Reading
Bengang Kerap Di Ejek Gemuk, Lelaki Ini Cekik Dan Bakar Kawan Perempuan

Bengang Kerap Di Ejek Gemuk, Lelaki Ini Cekik Dan Bakar Kawan Perempuan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka gurauan dan ejek-mengejek boleh bertukar menjadi tragedi ngeri. Itulah yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia apabila seorang lelaki bertindak kejam dengan membunuh rakannya gara-gara berang kerana terlalu kerap di kutuk gemuk.

Dipetik dari AsiaOne, suspek Ali Heri Sanjaya, 27 dan mangsa Rosidah, 18 tahun merupakan rakan sekerja dan kejadian tragis yang berlaku pada 24 Januari lalu itu disebabkan mangsa memanggil suspek dengan panggilan ‘gemuk’ dihadapan orang ramai menyebabkan suspek menjadi berang.

Sumber Foto : China Press

Malah mangsa dikatakan telah menyamakan Sanjaya dengan ahli gusti sumo dan pelakon Taiwan Boboho menyebabkan lelaki ini menjadi lebih marah.

Ladang yang dikatakan lokasi pembunuhan Rosidah . Sumber Foto : China Press

Disebabkan peristiwa itu Sanjaya dilaporkan telah mencekik mangsa hingga mati sebelum membakar rakan sekerjanya itu di sebuah ladang kelapa di daerah Kabat di Banyuwangi.

Memetik dari laporan berita tempatan, pihak berkuasa yang menerima aduan dari keluarga mangsa mengenai kehilangan anak mereka kemudiannya memulakan pencarian namun hanya berjaya menemui mayat mangsa sehari selepas kejadian dengan bantuan orang kampung, dengan kondisi mayat yang terbakar 75%.

Hasil dari penemuan mayat itu kemudiannya membawa kepada penahanan Sanjaya pada 28 Januari lalu di sebuah hotel.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.