fbpx
Now Reading
Sajat Baru Mengaku Dakwa Dirinya Khunsa di Tanah Suci Namun Daftar Umrah Sebagai Lelaki

Sajat Baru Mengaku Dakwa Dirinya Khunsa di Tanah Suci Namun Daftar Umrah Sebagai Lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kontroversi Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang berpakaian wanita dan bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah menjadi perdebatan hangat netizen yang masih tertanya-tanya jantina sebenar usahawan kosmetik itu.

BACA : Sajat-syukur-selesai-tunai-umrah-kali-pertama-di-Mekah

Terkini. agensi yang membawa ahli perniagaan kontroversi, mendakwa ahli perniagaan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar untuk mengerjakan umrah namun sebaliknya berlaku ketika di Tanah Suci.

BACA :Kerajaan-kesal-sajat-bertelekung-di-tanah-suci-mujahid

Dia memaklumkan kepada mutawwif di sana dirinya seorang khunsa.

BACA : Jika-ia-benar-bertaubatlah-wahai-insan-PU Abu -titip-nasihat-buat-Sajat

Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, ketika proses untuk pendaftarannya mengerjakan umrah, Nur Sajat memang mengemukakan dokumennya sebagai lelaki.

“Menjadi persoalan jika betul dirinya seorang khunsa mengapa ketika ingin menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dirinya masih seorang lelaki.

“Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sudah menghubunginya bertanya kejadian itu sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata, surat mahkamah yang dikatakan ada padanya itu tidak pernah dimaklumkan kepada pihak Albayt Travel.

“Kami sudah meminta dia (Nur Sajat) membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di dalam laman sosialnya.

“Saya juga nasihatkan dia terus jadi lelaki sepanjang berada Tanah Suci selepas tiba di Makkah kelmarin,” katanya.

Mengulas lanjut, jurucakap itu menjelaskan Nur Sajat masih berada di Tanah Suci kerana sebelum ini, dia sudah menziarah Madinah dan hari ini mutawiff membawanya bersama rombongan ziarah di Makkah.

“Kami ada menyemak tiket penerbangan kemungkinan dia ada membeli tiket lain untuk pulang, namun setakat ini belum ada.

“Kami juga sudah bertemu wakil Wisma Putra dan setakat ini menafikan Sajat ditahan pihak berkuasa di sana,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.