Tiada Bukti Saintifik Sajat Khunsa, Mujahid Mahu Kerajaan Sekat Media Sosial Sajat

Nampaknya isu Sajat yang tampil bertelekung semasa mengerjakan umrah masih panas, malas ianya dilihat sudah menjadi isu besar apabila turut mendapat campurtangan menteri.

Terbaru memetik dari Awani, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang sebelum ini kesal dengan tindakan yang dilakukan Sajat telah tampil menegaskan tiada dokumen daripada pihak ketiga yang boleh membuktikan secara saintifik bahawa Sajat atau nama penuhnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman adalah seorang khunsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menjelaskan adalah menjadi kewajipan kepada usahawan kosmetik untuk menunaikan ibadah umrah berlandaskan ketetapan fatwa muzakarah haji berhubung isu melibatkan ibadah haji atau umrah oleh golongan mukhannas.

Ini bermakna Sajat juga harus mematuhi kesopanan dan undang-undang Arab Saudi mengikut fitrah kelahiranya dalam melaksanakan ibadah.

Gambar Sajat yang menimbulkan kontroversi di Tanah Suci Mekah Foto : IG Sajat

“Kami berpegang kepada fatwa yang dikeluarkan oleh fatwa muzakarah haji yang telah jelas menyebut tanpa pembuktian tersebut, dia tetap kekal menjadi seorang yang asal jantinanya adalah lelaki.
 
“Maka segala hukum hakam yang dikenakan kepada mereka yang menjalankan ibadah umrah dan haji sama seperti lelaki lain,” katanya dalam satu klip video yang dikongsikan kepada media di sini pada Isnin

Beliau difahamkan telah mengadakan pertemuan bersama agensi pelancongan umrah Albayt Travel (M) Sdn Bhd serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membincangankan isu jemah lelaki yang mengenakan pakaian jemaah wanita ketika menunaikan umrah yang dibabitkan dengan Sajat dan rakannya sehingga tular di media sosial.

Ekoran dari pertemuan itu juga, Mujahid telah meminta SKMM menyekat Sajat daripada memuat naik kandungan di media sosial.

“Saya akan mengambil tindakan tegas tentang perbuatan Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang memuat naik video dan gambar mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial yang menimbulkan ketidakselesaan umat Islam,” katanya, merujuk kepada nama Sajat yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara.

“Tindakan segera akan diambil oleh SKMM,” kata Menteri itu lagi usai pertemuan itu di pejabatnya di Putrajaya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago