fbpx
Now Reading
Bill Gates Pernah Beri Amaran Dunia Masih Belum Sedia Perangi Pandemik

Bill Gates Pernah Beri Amaran Dunia Masih Belum Sedia Perangi Pandemik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang kita maklum, wabak koronavirus telah meragut hampir 500 nyawa setakat tengah hari ini.

Jangkitan yang berpunca dari pasar basah di Wuhan China itu telah menjangkiti lebih 300,000 manusia dan sehingga kini.

Sebenarnya, situasi penularan wabak ini telah digambarkan pada tahun lepas oleh pengasas syarikat teknologi Microsoft, Bill Gates.

Beliau menggambarkan keadaan di mana satu pandemik yang bertunas dari pasar basah di China berkemungkinan membunuh jutaan manusia dalam satu dokumentari Netflix.

Pandemik seakan-akan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) itu diperkatakan secara jelas dalam satu episod siri “Explained” bertajuk “The Next Pandemic” yang ditayangkan tahun lalu.

Dalam siri tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft itu memberi amaran bahawa dunia masih belum bersedia untuk memerangi pandemik yang mendatang.

“Apabila satu pandemik berlaku, tidak kira kesan terhadap populasi, kita pasti menyesal apabila tidak cukup melabur (tenaga dan dana) dalam penyelidikan terhadap mengeluarkan penawar,” kata Gates dalam dokumentari tersebut.

Episod dokumentari terbitan Vox Media itu turut menjangka satu pandemik yang berkemampuan melenyapkan sebahagian besar populasi akan bermula dari negara China.

Syot yang dirakam di sebuah pasar di Lianghua, China itu menunjukkan bagaimana haiwan liar dibunuh serta dijual di situ.

Dokumentari berdurasi 20 minit itu turut menunjukkan bagaimana pembunuhan dan penjualan daging haiwan di pasar itu menyebabkan virus bercampur dan melalui mutasi sebelum menghasilkan versi baharu dan berbahaya.

Apabila dibandingkan dengan pandemik yang lalu, seperti H1N1 dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), penularan bermula daripada percampuran virus antara lebih satu haiwan yang kemudiannya menjangkiti manusia.

SARS pada tahun 2002-2003 telah membunuh 774 orang dan menjangkiti 8,100 di seluruh dunia.

Sebelum itu, pada tahun 2015, dalam satu persidangan terkemuka mengenai teknologi, hiburan dan rekaan (TED), Gates telah membentangkan hujan beliau mengenai wabak yang akan tular pada masa beberapa tahun yang akan datang.

Koronavirus setakat ini telah membunuh 361 di China, satu di Filipina, serta menjangkiti lebih 17,000 orang di lebih 20 buah negara, jauh melebihi jumlah yang terjangkit oleh SARS.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.