fbpx
Now Reading
“Jangan Ganggu Nur Sajat” – Mustafa Akyol, Wartawan Terkenal Turki

“Jangan Ganggu Nur Sajat” – Mustafa Akyol, Wartawan Terkenal Turki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya nama usahawan kosmetik, Sajat tidak lekang dari kalangan semua masyarakat Malaysia dari Ahad lepas. Malah kisah mengenainya turut mendapat perhatian banyak pihak darilah para netizen, selebriti, menteri kabinet malahan Ulama Wilayah Persekutuan selepas dia didakwa mengenakan pakaian wanita sewaktu menunaikan umrah di tanah suci Mekah.

Memetik FMT, terbaru, kisah Sajat turut mendapat perhatian wartawan terkenal Turki, Mustafa Akyol yang menggesa pihak berkuasa di Malaysia untuk tidak menjadikan usahawan kosmetik itu sebagai sasaran ekoran tindakannya mengenakan telekung ketika menunaikan umrah di Mekah.

“Hakikatnya Nur Sajat menunaikan umrah menunjukkan beliau setia kepada agamanya,” kata penyokong kebebasan bersuara di dunia Islam itu yang kerap mengkritik Islamis dan sekularis di negaranya, kepada portal berkenaan.

“Beliau juga mungkin tidak mengganggu mana-mana jemaah di sekelilingnya di tanah suci. Jadi, kenapa tidak menghormati cara pengenalan dirinya?”

Tambah wartawan itu lagi umat Islam perlu menerima transgender sebagai sebahagian ummah korpus Syiah dalam perundangan Islam kelihatan lebih praktikal dalam menangani individu yang berdepan konflik identiti jantina.

“Ulama Syiah mengambil langkah positif dalam perkara ini. Itu sebabnya pembedahan pertukaran jantina bukan saja sah di sisi undang-undang, tetapi digalakkan di Iran.”

Dipetik dari MSN yang memetik FMT, Iran yang merupakan negara majoriti pengikut Syiah adalah satu-satunya negara Islam di Timur Tengah yang memberi hak kepada transgender untuk memiliki identiti jantina mereka.

“Golongan itu wujud, bukan hanya hari ini, tetapi sejak sekian lama atas sebab-sebab yang kita tidak tahu sepenuhnya.

“Ada orang yang dilahirkan dengan konflik fitrah fizikal dan psikologi.

“Dalam kata lain, mereka mempunyai badan lelaki, tetapi merasakan dirinya seperti wanita atau sebaliknya.

“Saya rasa tindak balas Islam yang betul kepada hakikat ini ialah tidak mendiskriminasi atau menindas, sebaliknya mempunyai belas kasihan dan membantu (mereka),” katanya yang lantang mengkritik birokrat agama di negara Islam.

Akyol berkata, beliau sedar isu yang akan timbul daripada pengiktirafan transgender namun menggesa kerajaan agar tidak menggangu usahawan kosmetik tersebut.

“Sebagai contoh, jika seorang transgender wanita cuba menggunakan tandas wanita, ini mungkin menimbulkan gangguan kepada wanita lain, tetapi kes seperti itu boleh dikawal.

“Tetapi, sepatutnya tiada masalah untuk transgender menjadi anggota penuh masyarakat – dan juga umat Islam yang baik.”

“Saya percaya Nur Sajat tidak patut diganggu, diburuk-burukkan, menjadi sasaran atau dilarang melawat Kaabah.”

Foto : Malaymail

Sebagai rekod, Mustafa Akyol pernah di tahan di Klia dan di bawa ke JAWI kerana gagal hadir mahkamah untuk membantu siasatan atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah pada tahun 2017.

Dia kemudian dibebaskan pada tengah hari tadi keesokan harinya setelah pihak JAWI melengkapkan siasatan. JAWI kemudian menjelaskan penganjur program tersebut iaitu Islamic Renaissance Front (IRF) tidak memaklumkan kepada Mustafa keperluan mendapatkan tauliah daripada pihak berkuasa agama

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.