fbpx
Now Reading
Lebih Seribu Babi di Indonesia Mati Mengejut Akibat Wabak Misteri

Lebih Seribu Babi di Indonesia Mati Mengejut Akibat Wabak Misteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum habis dengan wabak koronavirus dan H1N5 yang sedang melanda dunia, timbul pula berita di Bali apabila hampir 1,000 ekor ditemui mati akibat penyakit misteri. Malah jumlah korban meningkat hampir 50,000 di Sumatera Utara sejak beberapa bulan lalu , kata pihak berkuasa tempatan.

Menurut agensi Pertanian dan Makanan Keselamatan Bali, sekurang-kurangnya 888 babi mati akibat penyakit itu dalam tempoh dua bulan terakhir.

“Dari pemerhatian kakitangan lapangan kami, gejala serupa dengan penyakit babi, seperti babi kolera, salmonella, dan ASF (African Swine Fever). Mereka sama tetapi kita perlu mengesahkannya dengan keputusan makmal,” kata Gede Nata Kesuma,  ketua Jabatan Kesihatan Haiwan dan Kesihatan kepada CNN Indonesia.

Antara tujuh tempat yang dilanda penyakit misteri ini antaranya Badung, Tabanan, Denpasar, Gianyar, Denpasar, Karangasem dan Bangli.

Badung mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 598 babi mati, diikuti Tabanan dengan 219, Denpasar 45, Gianyar 24, manakala Bangli dan Karangasem, mencatatkan satu kematian.

Sampel darah babi yang mati telah dihantar oleh pihak berkuasa tempatan ke Pusat Penyelidikan Veterinar Medan di Sumatera Barat bagi mencari punca kepada kematian ini.

Wayan Masa Tenaya, ketua Pusat Penyelidikan Veterinari Denpasar berkata bahawa dia masih belum menerima keputusan ujian dari Medan dan tidak dapat mengesahkan sama ada babi itu telah dilanda apa-apa penyakit.

“Makmal di Medan mempunyai lebih banyak peralatan dan mereka mempunyai lebih banyak pengalaman mengenal pasti penyakit babi,” kata Masa Tenaya.

Beberapa media tempatan melaporkan babi ini mati selepas menunjukkan gejala yang sama, termasuk demam, muntah dan cirit-birit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.