fbpx
Now Reading
“Nama Yang Tertera Adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman” – Mufti WP Sahkan Sajat Adalah Lelaki

“Nama Yang Tertera Adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman” – Mufti WP Sahkan Sajat Adalah Lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/posts/1686468358159803?__tn__=K-R

Nampaknya kisah Sajat masih hangat diperkatakan, malah ramai mahukan kontroversi yang mengaitkan usahawan kosmetik itu diselesaikan dengan kadar segera dari segenap peringkat bermula dari netizen, selebriti, dan juga menteri

Terbaru Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengesahkan , usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat didapati dilahirkan dan didaftarkan sebagai seorang lelaki.

“Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

“Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki,” tulisnya dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook

Sehingga kini, tiada sebarang dokumen rasmi perubatan yang dikemukakan oleh Nur Sajat bagi membuktikan beliau adalah wanita, menurut Mufti itu lagi yang turut menjelaskan bahawa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) tidak pernah terbabit dalam pengesahan identiti Nur Sajat yang diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2018.

“Berdasarkan Arahan Jabatan Pendaftaran Negara Bil. 9/2007 perenggan 5.7.1, pindaan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak dibenarkan kecuali atas perintah mahkamah

“Hanya atas dasar amanah dan tanggungjawab maka, PMWP mengambil inisiatif bertemu JPN semalam (kelmarin) bagi mendapatkan pengesahan butiran lengkap beliau yang tersebar di media sosial,” katanya.

Dr Zulkifli dalam masa sama menerangkan yang agensi pengelola umrah yang menguruskan ibadah umrah ahli perniagaan itu wajib bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.

Katanya lagi pihak berkenaan sepatutnya memelihara dan membimbing jemaah supaya mengikut hukum syarak serta undang-undang setempat.

“Mereka juga perlu sentiasa memberi panduan serta peringatan kepada jemaah agar menepati kehendak ibadat itu sendiri.

“(Jadi dalam isu ini) agensi wajib bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Mufti WP itu menerangkan yang perbuatan mengenakan pakaian bukan mengikut jantina asal tetap haram dan dikira berdosa, walaupun mematuhi rukun umrah.

Malah, Sajat boleh dikenakan dam kerana melanggar wajib umrah dan masalah itu disebut oleh fuqaha sebagai infikak al-jihah (hukum yang terpecah kepada beberapa bahagian).

Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28 Musim Haji 1433H menerusi kertas kerja bertajuk Khunsa dan Mukhannas Dalam Permasalahan Ibadat Haji juga menyimpulkan bahawa bagi mukhannas (transgender) semula jadi atau yang disengajakan supaya mengikut hukum asal kejadian dirinya.

“Dalam konteks isu ini, Muhammad Sajjad wajib secara syarak sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan hadis untuk beribadah dan berpakaian seperti lelaki,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.