fbpx
Now Reading
Pesakit Positif Koronavirus Sudah Sihat, Kes Pertama Pulih di Malaysia

Pesakit Positif Koronavirus Sudah Sihat, Kes Pertama Pulih di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sedikit melegakan orang ramai apabila media sebelum ini melaporkan beberapa orang pesakit yang positif koronavirus (2019-nCoV) di China berjaya dipulihkan. Ini menyebabkan orang ramai kembali yakin dan berjaya menolak teori orang ramai bahawa sesiapa yang disahkan positif wabak terbabit tidak mampu disembuhkan.

Terbaru, seorang kanak-kanak positif Koronavirus yang di kuarantin di Hospital Langkawi, sudahpun pulih dan bebas sepenuhnya dari jangkitan tersebut selepas dikesan positif coronavirus pada 29 Januari lalu

Ini merupakan kes pertama membabitkan individu disahkan positif coronavirus yang pulih daripada jangkitan itu di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sampel klinikal terhadap kanak-kanak berusia empat tahun itu yang dirawat di wad isoloasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi kini didapati negatif daripada 2019-nCoV

Kanak-kanak itu yang kini sihat, sudah dibenarkan pulang selepas ujian sampel klinikal yang diambil sebanyak dua kali berturut-turut , disahkan negatif.

Sumber : FB KKM

“Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China.

“Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat.

“KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.