fbpx
Now Reading
Meninggal Kerana Bekerja 10 Hari Tanpa Henti Demi Selamat Pesakit Koronavirus

Meninggal Kerana Bekerja 10 Hari Tanpa Henti Demi Selamat Pesakit Koronavirus

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Song Ying Jie, 28, yang juga ahli farmasi di Pusat Kesihatan Maji sekitar Hengshan ditemui tidak sedarkan diri di asramanya.

Kematin beliau disebabkan bekerja selama 10 hari tanpa henti untuk menyelamatkan pesakit yang positif koronavirus baharu.

Menurut sumber, dia sendiri bertegas untuk bekerja setiap hari walaupun bersendirian bagi memastikan virus dapat dicegah daripada menular lebih cepat dan bertanggungjawab memastikan langkah pencegahan sewajarnya diambil.

Mangsa mula bekerja ketika hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina dan disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung berikutan bekerja terlampau kuat.

YING Jie meninggal dunia akibat kegagalan jantung berikutan bekerja terlampau kuat . FOTO thepaper.cn

Ying Jie dilaporkan mula berkhidmat pada April 2016 dan pada 25 Januari lalu menyertai pasukan perubatan lain untuk membantu mengesan suhu orang awam di stesen tol persimpangan lebuh raya Donghu-Yuelin.

Mangsa yang juga penolong sebuah pertubuhan farmasi, bertanggungjawab membekalkan ubat kepada rakan sekerjanya di Pusat Kesihatan Maji dan bertugas di barisan hadapan untuk pencegahan virus selama lebih 10 hari.

Dilaporkan, dia selesai tugas pada jam 12 tengah malam, 3 Februari lalu dan mahu pulang ke asrama untuk berehat.

Bagaimanapun, rakan sekerja menemuinya dalam keadaan terbaring dan disahkan maut akibat kegagalan jantung.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.