fbpx
Now Reading
“Sila Tekan Hon Jika Anda Tidak Kisah Menanti” – Polis Mumbai Ajar ‘Kaki Hon Di Jalan Raya’

“Sila Tekan Hon Jika Anda Tidak Kisah Menanti” – Polis Mumbai Ajar ‘Kaki Hon Di Jalan Raya’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernah tak korang tersangkut di jalan raya dan kemudian terpaksa mendengar bunyi hon yang tak putus-putus dari kenderaan-kenderaan di keliling anda? Jarang terjadi kat negara kita, tapi kalau kena mesti bingit kan?

Tapi perbuatan membunyikan hon ini sebenarnya normal di negara seperti India malah macam dah menjadi rutin bagi pemandu di sana untuk membunyikan hon apabila berhenti di lampu isyarat merah.

Bukannya tekan hon lampu boleh bertukar dari warna merah ke hijau pun kan??

Tapi kini sebaliknya pula terjadi. Demi menghentikan tabiat buruk membunyikan hon sesuka hati tanpa sebab di Mumbai, pasukan polis di sana telah mencuba satu kaedah baru dalam demi mengajar pengguna jalanraya disana supaya tidak sewenang-wenangnya membunyikan hon kenderaan lebih-lebih ketika berhenti dipersimpangan lampu isyarat.

Nak tahu macam mana?

Honk More, Wait More!

Mereka telah memasang alat pengukur bunyi siap dengan bacaan dan skin paparan bunyi. Lagi kuat bunyi hon yang kedengaran lagi tinggilah bacaannya

Jadi sekiranya bacaan bunyi decibel (dB) yang direkodkan melepasi paras yang dibenarkan iaitu 85dB, countdown lampu isyarat merah akan di reset semula ke asal menjadikan lampu merah kekal lebih lama.

Diringkaskan lagi kuat bunyi hon, lagi lamalah mereka tunggu lampu untuk bertukar hijau kan?

Walaupun perkara ini hanyalah cubaan awal oleh Polis Mumbai, cara ini dilihat sangat efektif malah berkesan dalam mengajar pemandu dan pengguna jalanraya di sana.

Nasib baik negara kita kurang sikit tekan hon ni kan? Kalau tak negara kita pun patut di pasang .

Ikuti video di bawah untuk menonton :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.