fbpx
Now Reading
Dr Li Wenliang, Doktor Terawal Beri Amaran Koronavirus Meninggal Dunia

Dr Li Wenliang, Doktor Terawal Beri Amaran Koronavirus Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dr Wenliang, doktor terawal yang memberi amaran mengenai ancaman koronavirus baharu, disahkan telah meninggal dunia awal Jumaat tadi .

Kematian doktor yang berasal dari Wuhan itu di makumkan pihak Hospital Pusat Wuhan sendiri dalam satu kenyataan di akaun media sosial weibo mereka sejurus kematian pakar perubatan tersebut

“Pakar oftalmologi Li Wenliang dari hospital ini, yang menghidap pneumonia akibat jangkitan koronavirus baharu, meninggal dunia jam 2.58 pagi pada 7 Februari 2020 walaupun setelah berbagai usaha dilakukan.

“Kami ucapkan takziah dan meratapi pemergiannya,” tulis kenyataan itu.

Pengumuman oleh Hospital Wuhan di Akaun Weibo mereka.

Dr Li telah disahkan menghidap koronavirus pada 1 Februari lalu ekoran demam dan batuk-batuk sejak 10 Januari setelah berjangkit melalui salah seorang pesakitnya.

Dr Li merupakan individu terawal bercakap mengenai koronavirus berkenaan sebagai ancaman awam.

Baca artikel berkaitan : Doktor terawal beri amaran wabak koranavirus kini terlantar sakit

Seblum ini DR Wenliang dan tujuh individu lagi ditahan polis Wuhan, bulan lalu, kerana didakwa menyebarkan maklumat ‘palsu’ mengenai wabak berkenaan selepas beliau memberi amaran kepada rakannya supaya berhati-hati susulan kejadian di sebuah pasar makanan laut di tempatnya.

Dalam media sosial, ramai rakyat China menyifatkan Wenliang sebagai wira dan mangsa tragik, menggambarkan ketidakcekapan pihak berkuasa tempatan dalam menangani kemunculan virus itu pada peringkat awal wabak.

Dalam masa sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan mengucapkan takziah atas pemergian Dr Li.

“Kami amat sedih atas pemergian Dr Li Wenliang. Apa yang kita perlu buat ialah meraikan usaha yang telah dilakukannya,” kata Pengarah Eksekutif WHO, Dr Mike Ryan yang dimaklumkan pemberita tentang pemergian Dr Li.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.