fbpx
Now Reading
“Kalau Masih Ada Iman Jangan Benarkan Lagi Sajat Pakai Pakaian Perempuan di Tanah Haram” – PU Rahmat

“Kalau Masih Ada Iman Jangan Benarkan Lagi Sajat Pakai Pakaian Perempuan di Tanah Haram” – PU Rahmat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penceramah bebas, PU Rahmat baru-baru ini meluahkan rasa kesalnya dan menyoal sikap syarikat agensi pengelola umrah serta mutawif yang membawa rombongan jemaah umrah yang disertai Nur Sajat .

Difahamkan Pencetus Ummah itu begitu kecewa apabila tular sekeping gambar yang memperlihatkan mutawif tersebut sedang duduk semeja bersama usahawan kosmetik terbabit yang dilihat masih mengenakan tudung ketika berada di tanah suci walaupun sudah berkali-kali diberikan peringatan. 

Menerusi akaun Instagram miliknya, Pu Rahmat memuat naik gambar tersebut bersama kapsyen panjang yang cukup jelas mesejnya ; Sekiranya benar pihak mutawif dan agensi pengelola umrah yang membawa Sajat sengaja melindungi usahawan tersebut, beliau menganggap ia kelakukan yang sangat tidak bermoral dan hanya mahu mengaut keuntungan.

“Bertakwalah pada Allah wahai Mutawif:

“1) Al Bayt dan mutawif ini beri alasan bahawa Sajat berpakaian wanita adalah di luar jangkaan . Dah tu ni apa wahai Ustaz Mutawif ? Minum satu meja sambil Sajat pakai tudung ni pun luar jangkaan kah ? 

“2) Kalau betul Mutawif dan Travel Agency masih ada iman tolonglah jangan benarkan lagi sajat pakai pakaian perempuan di Tanah Haram . Suruh dia ikuti perjanjian yang kononnya ada di antara kalian dengan Sajat. Wujudkah perjanjian itu?

“3) Kalau aku tahu kalian melindungi Sajat kerana keuntungan bayaran. Aku tak segan menyamakan kalian dengan Kapitalis yang tiada moral dan agama selagi mana ia menguntungkan kocek syarikat,” tulisnya panjang lebar

Penceramah itu dalam masa sama turut berharap soalan yang di kemukakan nyawa dapat dijawab oleh syarikat agensi umrah terbabit.
 
“Saya perlukan penjelasan atas persoalan saya. Saya sedia menerima panggilan daripada Pihak Travel Agency . Hubungi saya,” katanya lagi.
 
Terdahulu Sajat kembali menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dirinya bertelekung sewaktu mengerjakan ibadah umrah sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.