fbpx
Now Reading
Lelaki Ini ‘Prank’ Mengaku Positif Koronavirus Sehingga Pesawat Terpaksa Patah Balik

Lelaki Ini ‘Prank’ Mengaku Positif Koronavirus Sehingga Pesawat Terpaksa Patah Balik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dikala warga dunia panik dan bimbang dengan penularan wabak koronavirus, namun masih ada lagi individu yang berfikiran tidak rasional dan sengaja menimbulkan situasi cemas.

Tindakan seorang selebriti media sosial Kanada mendakwa positif koronavirus baharu sebagai ‘prank’ demi melariskan videonya menyebabkan sebuah pesawat terpaksa berpatah balik.

Malah ‘lawak bodoh’ itu ternyata menyebabkan lelaki itu, Potok Philippe atau nama sebenarnya James Potok ditahan dan bakal didakwa di Mahkamah Ontario, pada 9 Mac depan.

Dailymail melaporkan, lelaki berusia 28 tahun dari Vaughan itu dipercayai melakukan gurauan itu supaya videonya tular di Instagram ketika menaiki penerbangan dari Toronto ke Jamaica.

Di depan 243 penumpang pesawat, Potok dilihat menjerit mengatakan dia positif koronavirus.

“Boleh saya dapatkan perhatian semua, saya baru pulang dari wilayah Hunan, tempat bermulanya koronavirus. Saya rasa tidak sihat. Terima kasih,” jeritnya.

Tindakan itu menyebabkannya dipaksa memakai penutup mulut dan hidung serta sarung tangan serta diarahkan keluar dari pesawat.

Potok yang mempunyai lebih 30,000 pengikut di Instagram itu, mempertahankan tindakannya dengan menyatakan dia hanya mahu bergurau.

“Ia tidak sama dengan tindakan melilit bom di badan atau mempunyai senjata. Tindakan saya ini hanya gurauan.

“Saya menyesal kerana kejahilan saya yang tidak memahami sensitiviti mengenai wabak ini dan perkataan yang dilontarkan itu menjadi satu ancaman.

“Saya fikir ia akan mencetuskan tindak balas. Saya tidak fikir apa yang saya lakukan sebagai bahaya,” katanya.

Beliau juga telah membuat video permohonan maaf di Youtube miliknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.