“Siapa kata saya main-main menyanyi? Saya serius…” – Fattah Amin

“Siapa kata saya main-main menyanyi? Saya serius…

Meskipun sebelum ini pernah dikritik, pelakon, Fattah Amin, 30, ingin menjadikan bidang nyanyian sebagai satu bidang yang serius.

“Cuma, menyanyi bukan seperti berlakon. Lakonan mengambil masa panjang, menyanyi pula rekod lagu dalam masa seminggu boleh siap.

“Peminat kenal saya sebagai pelakon, tetapi jujurnya, saya serius menyanyi. Saya minat menyanyi sejak zaman kolej lagi, siap ada kumpulan sendiri,” katanya kepada BH Online.

Fattah berkata, rezeki dalam dunia lakonan terlebih dahulu dihulurkan buatnya pada 2013 namun die bersyukur single pertamanya, Wanita Terkahir menjadi siulan ramai.

“Saya akan meneruskan selagi ada permintaan dan peminat mahu mendengar saya menyanyi. Alhamdulillah, saya tidak putus-putus diundang mengadakan persembahan.

“Bagi saya, saya tidak perlu membuktikan kehebatan, buat sahaja seperti yang diingini. Biar peminat menilai, saya akan terus menghasilkan single baharu jika mereka suka,” katanya.

Bagaimanapun, kata Fattah, kekangan jadual menyebabkan banyak tawaran mengadakan persembahan nyayian terpaksa ditolak.

“Saya bukan acuh tak acuh menyanyi, tetapi jadual saya sering bertindih dengan undangan yang diterima.

Penyanyi lagu Wanita Terakhir dan Wanita Terindah itu berkata, dia kini muncul dengan single terbaharu berjudul Bebas di bawal label Universal Music.

“Lagu dan muzik video Bebas sudah disiapkan. Saya mencurahkan idea, konsep dan isi cerita dalam muzik video ini.

“Insya-Allah, lagu Bebas akan diperdengarkan tidak lama lagi. Lagu Bebas bukan kisah cinta seperti lagu-lagu terdahulu.

“Ia adalah lagu berbentuk inspirasi untuk pendengar. Saya banyak mendapat inspirasi daripada isteri, Nur Fazura,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

3 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

5 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

21 hours ago