fbpx
Now Reading
Abam Bocey Meninggal Dunia

Abam Bocey Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8XiLVjAkZV/https://www.instagram.com/p/B8Xh_ykjcwo/

Pelawak Terkenal, Abam atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar dari kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi ini Isnin, 10 Februari

Dipetik dari Gempak, berita tersebut dimaklumkan oleh adik Abam sendiri Ali, yang mendapat panggilan dari isteri Abam mengenai kondisi abangnya sebelum bergegas ke rumahnya.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Isteri Abam, Hidayah ketika dihubungi portal terbabit memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Pasangan ini disatukan pada 2017 dan mempunyai seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Dalam pada itu, dua lagi pelawak terkenal yang juga dari kumpulan Bochey iaitu Fad dan Achey mengumkan berita yang meyedihkan itu di Instagram mereka dalam keadaan menangis teresak-esak.

Takziah diucapkan kepada keluarga Abam dan kumpulan Bocey. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.