
Sam Smith Respon Video Viral Remaja OKU Menyanyi di Pusat Membeli Belah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hanya suka-suka menyanyi di pusat membeli belah, rakaman video nyanyian seorang lelaki OKU di Filipina mendapat perhatian penyanyi terkenal Sam Smith.
SatuSam Smith di akaun Twitternya memuji nyanyian pemuda di dalam video tersebut dan mendapat perhatian peminatnya yang juga memuji kelunakan suara lelaki itu.
Video tersebut memaparkan dua orang pelajar berpakaian sekolah dan salah seorang daripadanya sedang menyanyikan lagu nyanyian Sam Smith, Too Good at Goodbyes secara karaoke.
WHO IS THIS KID!!!!!? YOU ARE OUT OF THIS UNIVERSE WHOEVER YOU ARE ❤️ pic.twitter.com/4zHfaXVSw0
— Sam Smith (@samsmith) February 8, 2020
“Who is this kid!!!? You are out of this universe whoever you are,” puji Sam Smith di akaun Twitternya yang mendapat lebih 265,000 lebih Retweet dan lebih 900,000 lebih likes, serta telah ditonton lebih 10 juta tontonan.
Akhirnya identiti lelaki tersebut didedahkan oleh ramai peminat daripada Filipina yang berkongsi komen dan informasi tentang pemuda tersebut.
“Hi! Beliau adalah Carlmalone Montercido daripada Filipina. Dia seorang pemuda buta yang menghafal lagu dengan hanya mendengarnya. Dia ada bakat sejati. Dia juga ada banyak video di Youtube miliknya,” kongsi seorang pengguna Twitter.
Hi! He's Carlmalone Montecido from the Philippines. He's a talented blind kid who masters a song by just hearing it. He has pure talent. He has more videos on youtube. Pls subscribe to his channel too.https://t.co/MXVJm4Unbd pic.twitter.com/JnJlvpmogg
— Best Songwriter Kim Hanbin (@hanbinniex) February 8, 2020
Sam Smith turut berkongsi video yang sama di akaun Instagram miliknya. Perkongsian Sam Smith turut mendapat perhatian akhbar dan portal di Filipina.