fbpx
Now Reading
Selepas Bercerai, A. Aida Tampil Tidak Berhijab

Selepas Bercerai, A. Aida Tampil Tidak Berhijab

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penampilan A Aida itu mengejutkan ramai pihak apabila muncul pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) tanpa mengenakan tudung.

Penerbit terkenal itu mengakui tidak lagi mengenakan tudung sejak beberapa bulan lalu.

“Ya, betul saya tidak lagi berhijab. Tapi, saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini. Saya minta maaf. Dokan yang baik-baik saja buat saya,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, A Aida mula mengenakan hijab selepas berkahwin pada Julai 2018 dengan pelakon, Ariff Aziz.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan bulan sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada April tahun lalu.

Pada AJL 34, A Aida adalah penulis lirik lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.