fbpx
Now Reading
“Sepatutnya Mak Pergi Dulu Bukan Abang”- Tangisan Emak Abam

“Sepatutnya Mak Pergi Dulu Bukan Abang”- Tangisan Emak Abam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemergian pelakon dan pelawak Allahyarham Abam Bocey pagi Isnin, benar-benar mengejutkan dan menyedihkan ramai pihak . Difahamkan arwah meninggal ketika tidurnya apabila dia didapati tidak memberikan sebarang tindak balas sewaktu dikejutkan isterinya, Hidayah Mohd Ali untuk solat subuh.

Kehilangan yang benar-benar dirasai oleh semua sahabat, peminat dan rakan media. Namun apa lah sangat jika dibandingkan dengan rasa kehilangan kaum keluarganya.

Itu yang dirasai ibu Abam, Sabariah Arshad yang lansung tidak menyangka anaknya itu terlebih dahulu pergi menghadap Ilahi sebelumnya.

Kehilangan yang dirasai oleh banyak pihak disebabkan sifat Abam yang mesra dan baik dengan semua orang

 Sepatutnya mak pergi dulu dan bukan Abang (Abam), bangunlah Abang, tak kesian ke kat mak,”  tangisan seorang ibu yang baru kehilangan anaknya.

Lebih menyedihkan, Sabariah berulang kali menggoncang tubuh anaknya dengan harapan anaknya tersedar dari tidurnya namun semuanya sudah tertulis; Abam telah tiada.

Dipetik dari Harian Metro, dia yang kali terakhir berjumpa Abam dua hari lalu mendapat panggilan dari isteri Abam, Hidayah yang memaklumkan kepadanya bahawa Abam tidak sedarkan diri lantas Sabariah bergegas ke rumahnya bersama adik Abam, pelawak Ali Puteh.

“Tiba-tiba isteri Abam telefon saya mengatakan Abam pengsan. Saya bergegas pulang ke rumah bersama Ali. Apabila tiba di rumah, saya menggoncang tubuh Abam berulang kali namun dia sudah tiada.

“Malah, sebaik mengetahui dia sudah tiada, berulang kali saya memegang pipinya supaya jangan tinggalkan saya, kasihankan saya. Sepatutnya mak pergi dulu dan bukan Abang (Abam), bangunlah Abang, tak kesian (kasihan) ke kat mak.

“Saya susah nak percaya pada mulanya, sebab itu saya goyang badan dia supaya bangun berulang kali namun doktor sudah mengesahkan Abam sudah tiada jam 7.15 pagi,” katanya kepada portal berkenaan.

Tambahnya lagi, kehilangan Abam yang merupakan tunggak keluarganya juga sangat dirasai apatah lagi arwah seorang yang baik, sangat mengutamakan segala keperluannya malah begitu menghormati orang yang lebih tua.

“Dia selalu ingatkan saya untuk makan ubat, kalau saya sakit dia yang akan susah hati. Abam memang anak yang baik, memang tak boleh lawan kebaikan dia, Ya Allah dia sangat baik,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.