“Tak puas hati! Buat Semula!” – Peminat Kecewa Mic Tok Ti Tak Berfungsi
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan muncul di Anugerah Juara Lagu (AJL34) malam tadi dengan muncul dipertengahan persembahan Anta Permana yang dinyanyikan oleh Bob Yusof.
Beliau yang juga mesra dengan panggilan Tok Ti ternyata menghangatkan lagi penonton yang berada Axiata Arena dan mendapat sorakan yang kuat daripada peminat.
Namun ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mikrofon Tok Ti tidak berfungsi sewaktu penyanyi nombor satu negara itu memulakan nyanyian dan ramai yang berharap perkara itu sepatutnya tidak berlaku.
Malah ada yang melihat semula persembahan Tok Ti bersama Bob Yusuf menyanyikan lagu Anta Permana.
Terdahulu, Tok Ti tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana yang bersiaran secara langsung hari ini.
Berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu tersebut dipersembahkan oleh Bob apabila layak bersaing pada peringkat separuh akhir November lalu.
Anta Permana adalah lagu ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong.
Kali terakhir Tok Ti beraksi di pentas AJL adalah pada tahun 2008 (AJL22) menerusi lagu Destinasi Cinta.
Namun begitu, lagu ciptaan ini Hael Huaini dan Ezra Kong mendapat tempat ketiga manakala lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K ditempat pertama dan Aman Ra dengan lagu Bangun ciptaannya bersama Navigator menjadi Naib juara AJL34.