fbpx
Now Reading
Netizen Puji Naim Daniel Matang Walaupun Selepas Diperlekeh Azwan Ali

Netizen Puji Naim Daniel Matang Walaupun Selepas Diperlekeh Azwan Ali

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bahang Anugerah Juara Lagu ke 34 baru saja reda dengan pelbagai kontroversi. Namun baru-baru ini kehangatan tersebut bertambah apabila ada pihak yang menyoalkan juara AJL-34 iaitu Naim Daniel dengan lagunya Sumpah.

Artis kontroversi Azwan Ali di laman Twitter, tidak semena mencaci beliau di laman Twitternya.

Melalui Tweet yang dibuat di akaun @DivaAATersohor itu, Azwan berkata dia tidak mengenali siapa Naim Daniel yang baru sahaja memenangi antara pengiktirafan berprestij muzik negara itu.

azwanali

Naim Daniel yang mengetahui Tweet tersebut tidak melatah malah sebaliknya dia mengulang kicau kembali Tweet tersebut dengan memberikan salam sebagai tanda hormat dan membuat kenyatan yang mungkin mengejutkan ramai orang.

Jika anda tidak mengikuti Naim di Instagramnya sebelum ini, mungkin anda tidak tahu bahawa dia adalah salah seorang yang menyokong keputusan Azwan Ali bertanding di Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu.

Dalam kiriman asalnya di Instagram sebelum ini, Naim bertindak mengambil pendirian berbeza dalam isu tersebut apabila memuji semangat dan disiplin yang ditunjukkan Azwan ketika itu.

“Saya rasa setiap ahli politik di negara ini perlu memberi perhatian kepada semangat yang ditunjukkan lelaki ini (Azwan).

“Walau tak menang, Diva AA, hands down (hormat) for you,” tulisnya di Instagram.

Malah di akhir ciapannya, dia sempat berdoa buat Azwan agar ‘dipeluk cinta Allah sentiasa, Amin’ dan respon balasnya itu juga turut mendapat pujian daripada netizen-netizen di Twitter.

Walaupun mendapat layanan berbeza dari Azwan selepas memenangi AJL, Naim dilihat tenang dalam isu tersebut dan masih menghormati Azwan sebagai orang lama dalam industri hiburan tanah air.

Tindakan beliau mendapat pujian daripada peminat yang turut tidak bersetuju dengan tindakan Azwan Ali memuat naik Tweet tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.