fbpx
Now Reading
Siti Nurhaliza Bersedia Untuk Hamil Lagi

Siti Nurhaliza Bersedia Untuk Hamil Lagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda mengikuti Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram, anda pasti tertanya-tanya tentang gambar beliau yang dimuat naik di Insta Story di hospital dan selamat menjalani pembedahan.

Menurut Harian Metro, penyanyi kesayangan Malaysia yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ti sedang berada pusat perubatan semalam menjalani pembedahan sebagai persediaan untuk hamil anak kedua.

Siti, 41, berkata, pembedahan itu dibuat kerana dia akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya untuk kehamilan pertama.

“Saya menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana saya akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini. Saya harap semua pihak dapat doakan saya supaya segera sembuh,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum itu, Siti membuat persembahan bersama Bob Yusof mendendangkan lagu Anta Permana pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Ahad lalu.

BACA : “Tak-puas-hati-buat-semula” -peminat-kecewa-mic-tok-ti-tak-berfungsi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.