fbpx
Now Reading
Akhirnya Berbaik, Isteri Dai’ Farhan dan Bekas Madu Berdamai

Akhirnya Berbaik, Isteri Dai’ Farhan dan Bekas Madu Berdamai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia sedia maklum dengan kontroversi hangat perkahwinan kedua Da’i Farhan dengan janda anak lapan yang bertemu jodohnya di Tanah Suci pada tahun lepas.

BACA : Baru-umum-nikah-isteri-kedua-isteri-pertama-dai-farhan-dikatakan-tidak-redha

Lebih mendapat perhatian lagi, apabila pendakwah itu menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil anak kedua lalui aplikasi WhatsApp selepas berkahwin dengan isteri kedua yang dikenali sebagai Dr.Erin.

BACA : Dai-Farhan-sudah-menceraikan-isteri-pertamanya, dakwa-seorang-peguam

Terbaru, Dr Erin memuat naik fotonya bertemu empat mata dengan bekas madunya, iaitu Fatin Nurul Ain. Menerusi gambar tersebut, kedua-dua mereka dilihat saling berpelukan mesra. Menerusi satu lagi foto, mereka bergambar bersama dan Da’i Farhan juga turut kelihatan bersama.

Dalam perkongsian tersebut, Erin memuji sikap Farhan yang matang dalam menguruskan hal rumah tangga. Erin mengakui sebelum ini dia seorang yang anti poligami dan rela menjanda daripada berkongsi suami.

Namun katanya, jawapan yang diberikan oleh suaminya membuka hatinya dan mampu mengubah persepsinya mengnai poligami. Dr Erin turut menitipkan ucapan romantis buat suaminya bahawa dia akan sentiasa berada di samping Da’i Farhan.

Terdahulu, Farhan dan Fatin telah bercerai pada 3 Disember lalu dengan talak satu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata Fariha 2 tahun dan Nik Farrel Fahim yang dilahirkan 5 Januari lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.