fbpx
Now Reading
Kerana Covid-19, Gaji Cleaner Di Hospital Wuhan Cecah RM21,000 Sebulan

Kerana Covid-19, Gaji Cleaner Di Hospital Wuhan Cecah RM21,000 Sebulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun kadar sembuh bagi wabak koronavirus atau nama barunya Covid-19 meningkat kepada 4,041 jumlah kes , namum angka korban juga turut mencatatkan peningkatan menyebabkan masyarakat dunia masih lagi khuatir dengan wabak yang berasal dari bandar Wuhan, China ini.

Setakat harini ini sahaja, sudah lebih 43,099 kes dicatatkan dengan 1,018 kematian direkodkan diseluruh dunia dengan majoritinya di wilayah Hubei China .

Wabak yang yang masih belum ditemui vaksin ini juga menyebabkan banyak bandar di 3 daerah berhampiran Wuhan telah di ‘lockdown’ namun barisan hadapan seperti pengamal perubatan, serta petugas seperti pasukan polis, dan kakitangan pembersihan atau dalam bahasa mudahnya Tukang Cuci sentiasa bertungkus lumus dalam usaha mengawal wabak berkenaan dari merebak.

Yang menyedihkan ramai di antara mereka yang juga yang telah dijangkiti sehingga menyebabkan banyak hospital mengalami kekurangan pekerja.

Terbaru, sebuah portal di China baru-baru ini telah menawarkan pekerjaan iaitu sebagai tukang cuci tetapi dengan gaji yang sangat lumayan iaitu RMB35,000 bersamaam RM 21,000. Wah! tinggi bukan?

Tapi anda perlu bekerja di Hospital Wuhan. Ini bukan cerita rekaan tetapi inilah iklan jawatan kosong yang disiarkan yang kami rasa yang tidak sanggup di ambil oleh sesiapa.

Tapi kalau anda berani, cubalah !

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.