“Koronavirus Mampu Bertahan 9 Hari Pada Permukaan Yang Kerap Di Sentuh Seperti Tombol Pintu..” – Saintis

Walaupun kadar sembuh bagi wabak koronavirus atau nama barunya Covid-19 sudah meningkat kepada 4,041 kes , nampaknya angka korbannya semakin hari semakin meningkat, jika sebelum ini angka korban sudah melepasi angka korban SARS pada tahun 2002/2003 ,terbaru angka korban dikatakan sudah meningkat kepada 1,018.

Sebagai keselamatan kerajaan memperluaskan langkah-langkah pencegahan penularan wabak ini termasuk menjalankan tapisan kesihatan di lapangan terbang membabitkan penumpang antarabangsa juga domestik.

Selain dari itu kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengenakan topeng muka,sarung tangan dan menambahkan kekerapan mencuci tangan sama ada dengan menggunakan sabun berserta air ataupun hand sanitizer : bertujuan bagi mematikan virus yang mungkin melekat di tangan kita.

Butang lif juga antara permukaan yang kerap disentuh Foto : mejatulis.my

Alasannya agak mudah dan telah terbukti apabila kajian sekumpulan saintis mendapati virus Covid-19 (koronavirus) boleh bertahan sehingga sembilan hari pada permukaan yang kerap di sentuh. antaranya pada tombol pintu, tiang pemegang pada pengangkutan awam , serta tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti hospital, stesen bas/keretapi dan banyak lagi.

“Saintis telah mendapati virus dari koronavirus boleh bertahan sehingga sembilan hari pada tombol pintu dan besi pemegang dalam kenderaan awam.

“Permukaan yang kerap disentuh terutamanya di kawasan tumpuan ramai seperti di hospital juga mempunyai potensi jangkitan tinggi,” tulis sumber.

Malah dalam kajian itu lagi, Covid-19 mampu bertahan empat kali ganda lebih lama berbanding virus selsema biasa menyebabkan virus ini lebih cepat merebak.

Jadi bayangkan apa akan jadi sekiranya permukaan yang anda pegang pernah disentuh atau oleh seorang pesakit yang positif koronavirus beberapa hari lalu? Pasti ianya melekat dan beralih ke tangan anda pula bukan??

Disebabkan itu, ketua pengkaji iaitu, Professor Gunter Kampf,dari Hospital Universiti Greifswald di Utara Jerman mengingatkan bahawa virus ini boleh dihapuskan jika semua permukaan tersebut dilap dengan menggunakan produk pembasmi jangkitan.

Jadi bagi mereka yang menggunakan kemudahan awam, tambah kekerapan mencuci tangan anda sama ada dengan hand sanitizer ataupun sabun berserta air. Anda juga mungkin boleh menggunakan sarung tangan pakai buang sewaktu keluar sebagai langkah tambahan.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago