fbpx
Now Reading
Pemergian Yang Dicemburui, Ini 5 Amalan Allahyarham Abam Yang Boleh Dicontohi

Pemergian Yang Dicemburui, Ini 5 Amalan Allahyarham Abam Yang Boleh Dicontohi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita pemergian pelakon dan pelawak Allahyarham Abam Bocey pada pagi Isnin, 10 Februari 2020 menggemparkan industri tanah air. Kehilangannya benar-benar dirasai bukan sahaja oleh ahli keluarga dan sahabat rapat malahan rakan selebriti, ahli politik, pengamal media juga peminat.

Ini dibuktikan dengan kehadiran ribuan tetamu sewaktu jenazah disolatkan dan sewaktu majlis pengebumian.

Pemergiannya yang begitu dicemburui..

Pasti anda diluar sana tertanya-tanya apakah amalan Arwah Abam hingga begitu mulia sekali Allah berikan hari terakhirnya, ikuti 5 perkongsian menarik mengenai amalan Abam sewaktu hidupnya yang kongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Adnin Roslan

#1 Seorang yang kuat sedekah jariah

Dia banyak bantu keluarga dia. Tolong adik beradik dia kahwin. Bantu dan sedekah pada anak-anak yatim. Itu amalan yang cukup hebat!

Beliau bantu keluarga, isteri, mak, adik beradiknya, bahkan beliau juga banyak sedekah pada anak-anak yatim. MasyaAllah

Nabi saw bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi) Semoga berkat sedekah beliau, Allah mengampuni semua dosa beliau dan meninggikan darjat beliau!

#2 Seorang yang rajin menghadiri majlis ilmu


Beliau dikenali sebagai orang yang sering pergi majlis ilmu. MasyaAllah. Tahukah kita, betapa besarnya ganjaran dan pahala yang Allah sediakan andai kita kerap menghadiri majlis ilmu?

Nabi saw bersabda: “Tidaklah duduk suatu kaum(dalam satu majlis), kemudian mereka berzikir kepada Allah تَعَالىَ dalam duduknya hingga mereka berdiri, melainkan dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka: “Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah diganti dengan berbagai kebaikan”- (HR.Ath-Thabrani)

Bermakna, ganjaran bagi orang yang menghadiri majlis ilmu ialah ALLAH AKAN MENGAMPUNKAN SEMUA DOSA-DOSANYA.

Subhanallah.

#3 Seorang anak yang baik dan menjaga kebajikan ibu dan ahli keluarganya

Ketika ibunya sakit, beliau tak pernah jemu menjaga ibunya, bahkan, beliau berniat untuk membawa ibunya pergi umrah. MasyaAllah!

Tahukah kita, betapa besarnya pahala dan ganjaran menjaga ibu yang sakit, dan menjadi anak yang berbakti pada ibu bapa?

Nabi saw bersabda:

“Barang siapa yang menziarahi kedua2 org tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan an menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya

“Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan.”- (Hadis riwayat al-Bukhari)

Allah bukan sekadar menjanjikan pahala yang sangat banyak, bahkan Allah menjanjikan keampunan untuk anak yang berbakti pada ibu ayahnya

#4 Sangat menjaga solat 5 waktu

Isterinya berkata, bahawa beliau sedar akan kematian allahyarham ketika beliau sedang mengejut allahyarham solat subuh.

Kat sini kita boleh nampak bahawa mereka suami isteri amat menjaga solat 5 waktu.

Terlalu banyak pahala yang Allah janjikan untuk orang yang menjaga kewajipan solat 5 waktu.

Nabi saw bersabda:
“Siapa yang menjaga solat lima waktu, baginya cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat.- (HR. Ahmad)

#5 Seorang yang pemaaf

Orang kutuk badan beliau, bash beliau sini sana, menghina keluarga beliau, tapi beliau masih kekal kuat, positif dan tak putus asa memberi manfaat dan mencari rezki yang halal serta menjaga keluarganya.

Kat sini kita kena contohi kecekalan beliau. Tak putus asa walau banyak halangan. Bukan tu je, beliau memaafkan orang yang mengutuk beliau. Tahukah kita, apakah ganjaran untuk orang yang sering MEMAAFKAN orang lain?

Allah berfirman dalam surah Annisa’ ayat 22:
“Dan hendaklah kamu memaafkan dan berlapang dada. Tidakkah kamu mahu agar Allah mengampuni kamu?”


Ulama kata, bila kita memaafkan kesalahan orang, Allah akan ampunkan dan maafkan segala dosa kita. Subhanallah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.